Friday 5 September 2014

Tips anak minat membaca

Teks : Yanti Sodimin

Menyemai minat membaca di kalangan anak-anak tidaklah serumit yang kita bayangkan. Jika minat membaca dipupuk dari awal, Insya-Allah anak-anak akan membesar dengan baik. Bahan bacaan pula biarlah selari atau seiring dengan usia mereka. Banyakkan buku yang mempunyai variasi gambar menarik dan warna yang dapat merangsang otak anak-anak.



Ini adalah salah satu cara untuk menarik minat anak terhadap buku dan membaca. Mungkin ibu bapa boleh mencubanya.

Jika dahulu kita sering membawa anak-anak ke kedai barangan gajet, apa kata kita beralih arah membawa mereka ke kedai buku atau perpustakaan. Bawa mereka ke ruangan yang sesuai dengan usia agar dapat membuka mata dan minda ke arah cintakan buku.

Sebagai ibubapa juga kita digalakkan membaca bersama-anak kerana ibu bapa merupakan contoh dan ikutan terbaik. Luangkan masa bersama agar mereka dapat merasakan keseronokan membaca bersama keluarga. Membaca jambatan ilmu dan kasih sayang sesama insan.

Ibu bapa berperanan mendekatkan anak dengan buku .Kita perlu bacakan buku untuk anak-anak kecil . Tabiat membaca harus dicipta dari usia anak masih kecil dan ini adalah waktu paling mudah membentuk mereka. Ia akan membantu mereka menjadi pembaca yang tekun apabila dewasa.Carikan mereka buku kanak2 yang menarik dan bacakan untuk mereka. Pada waktu yang sama,ibu bapa juga dapat membentuk minat membaca dalam diri sendiri dan berpeluang menghabiskan masa yang bermutu dengan anak.


No comments:

Post a Comment