Monday 22 September 2014

Gingko biloba penawar kesembuhan otak

Teks : Yanti Sodimin




Ginkgo baik untuk otak.

SUMBER alam semula jadi ini sudah diketahui membantu dalam rawatan pesakit yang mengalami kehilangan memori akibat usia tua dan juga penyakit Alzheimer. Ekstrak daun ginkgo biloba seperti yang banyak terkandung dalam produk-produk kesihatan berupaya untuk meningkatkan fungsi kognitif di kalangan warga tua.

Gingko menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak Gingko biloba.

Gingko biloba turut dipercayai memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Memandangkan otak terdiri daripada asid perlu tak tepu yang tinggi, ia mendedahkan kepada radikal bebas. Gingko biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan.

Ia juga bermanfaat untuk mengurangkan kesakitan sindrom Reynaud, meredakan simptom vertigo, merawat glaukoma tekanan dan juga sindrom prahaid.

Ekstrak ginkgo biloba yang digunakan dalam ujian klinikal mengandungi dua kumpulan fitokimia iaitu flavonol glikosid (melawan aktiviti antioksida) dan terpene laktone (memberi kesan pencairan darah). Unsur bilobalide, salah satu daripada pecahan terpene laktone juga berfungsi untuk mengaktifkan neuron otak dan ini bagus dalam membantu pembelajaran dan menguatkan ingatan.

Tahukah anda bahawa ginkgo biloba adalah salah satu herba dari spesies pokok tertua di dunia? Lebih daripada 40 komponen ginkgo biloba telah dikaji tetapi hanya dua komponen sahaja iaitu flavonoid dan terpenoid yang dipercayai boleh mendatangkan manfaat-manfaat kesihatan.

Flavonoids adalah antioksidan dan kajian telah menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, jantung, saluran darah dan retina mata. Terpenoid pula membantu melancarkan pengaliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan sel darah merah.

Kajian mendapati bahawa ia boleh melindungi sel-sel saraf yang rosak akibat penyakit Alzheimer. Dengan mengambil ginkgo biloba, daya ingatan dan pemikiran di kalangan mereka yang terjejas oleh penyakit Alzheimer atau demensia vaskular akan bertambah baik.

Ginkgo biloba kini didatangkan di dalam minuman kesihatan yang menggabungkan tiga elemen penting untuk membantu meningkatkan kecerdasan otak bagi semua peringkat umur iaitu Pur-Q Pro Active Kids Advance

Elakkan nyanyuk sebelum ianya terjadi. Dapatkan Pur-Q Pro sekarang untuk kesihatan keluarga anda.






Harga = RM 40 (Semenanjung)/ RM 50 (Sabah dan Sarawak)

Hubungi penulis di:

Email : yantisodimin@gmail.com
Sms@Whatsapp : 0122406670

No comments:

Post a Comment