Friday 26 September 2014

Ibu..cakaplah dengan saya

Teks : Yanti Sodimin



Kajian yang agak mengejutkan mendapati ibubapa hanya berkomunikasi 5 - 10 minit sahaja dengan anak. Percakapan yang wujud antara ibubapa dan anak lebih berbentuk larangan, perbandingan, sindiran dan arahan seperti buat kerja rumah, tolong angkat kain, kenapa bergayut di telefon lama-lama dan lain-lain.

Komunikasi berkesan adalah perhubungan dua hala antara ibubapa dan anak dalam keadaan mesra. Nasihatlah anak seperti mana kawan-kawan menasihati mereka. Jangan sesekali ibubapa :
• Lebih banyak bicara daripada mendengar
• Merasa tahu lebih banyak daripada anak

Elakkan dari terbentuknya tabir minda antara ibubapa dan anak. Anak-anak adalah anugerah daripada Allah. Hendaklah kita menjaga dan mendidik amanah ini dengan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment