Showing posts with label Kaedah Menghadapi Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Kaedah Menghadapi Anak-anak. Show all posts

Thursday, 19 June 2014

Sayang anak tangan-tangankan

Teks : Yanti Sodimin



Kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.

Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.

Awas dan beringatlah dalam mendidik anak...kesan itu bukan sahaja nampak dalam jangka masa pendek tetapi akan meninggalkan kesan untuk jangka masa panjang.

Ikhtiar dengan Makanan Minda Untuk Anak iaitu Pur Q Active kerana ia dirumus khas bagi membendung gejala negatif pada anak-anak. Di dalam Pur Q terdapat ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan pada bahan mentah sebelum dijadikan jeli lembut. Ia bertujuan melembutkan jiwa yang keras dan sentiasa memberontak.

Antara ayat-ayat yang dibacakan secara langsung



Bahan semulajadi


Pur-Q Active membantu bagi melancarkan oksigen di dalam otak agar dapat mengoptimumkan proses perhubungan maklumat semasa otak bekerja.








Wednesday, 18 June 2014

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Teks : Yanti Sodimin
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
 Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber : Darulharis
Sharing is Caring 


Ajarlah anak mengenal Al-Quran pada peringkat awal




Wujudkan hubungan baik sesama adik beradik




Belaian, ciuman dan pelukan mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak




Tingkah laku semasa hamil memberi kesan kepada anak-anak




Sentiasa berdoa semasa kehamilan





Berikan makanan tambahan sebagai alternatif bagi membendung aura negatif pd anak-anak. Pur Q disertakan terapi Rukyah bagi melembutkan jiwa agar mudah mendengar kata.





Monday, 16 June 2014

Menangani tantrum anak-anak

Teks : Yanti Sodimin

Sebagai ibu bapa, banyak cabaran dan tanggungjawab perlu dipelajari dalam mendidik anak-anak. Terdapat beberapa cara bagi menangani masalah tantrum. Cuba tips di bawah ini bagi mereka yg menghadapi tantrum di kalangan anak-anak.










Thursday, 3 April 2014

Jangan dipukul anak kecil yang menangis

Teks : Yanti Sodimin

Ramai di kalangan ibu bapa mengambil tindakan drastik iaitu dengan memukul anak apabila mereka menangis dengan harapan mereka akan diam. Namun, tindakan ini sebenarnya membuatkan si anak terus menangis dan terus menangis. Marilah kita sama-sama mencari pendekatan lebih baik jika perkara ini terjadi dan memelihara kasih sayang bersama anak-anak.

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuatnya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapanya.
Dan apa yang di perbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah ditulis untuknya dan tidak pula ditulis untuk kedua ibu bapanya.

Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang ditulis itu atasnya iaitu segala amal baik atau buruk nya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)


Monday, 24 March 2014

Jangan pukul

Teks : Yanti Sodimin

Kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.

Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.

Awas dan beringatlah dalam mendidik anak...kesan itu bukan sahaja nampak dalam jangka masa pendek tetapi akan meninggalkan kesan untuk jangka masa panjang.

Ikhtiar dengan makanan minda untuk anak-anak iaitu dengan memberi Pur Q Active. Insya-Allah produk ini mampu mengawal tingkahlaku agresif anak-anak. Ibu bapa juga disarankan mengambil Pur Q Active kerana khasiat garam bukit dan saffron mampu meningkatkan kesabaran dalam melayani karenah anak-anak.



Tuesday, 25 February 2014

Atasi anak luar biasa degil

Teks : Yanti Sodimin

Menghadapi anak-anak yang degil (luar biasa energi)? Tak dengar kata?

Adalah menjadi lumrah anak-anak untuk bersifat dan bertindak degil terhadap arahan ibu bapa. Degil juga adalah satu teknik anak-anak untuk menjemput perhatian anda jika mereka merasakan anda tidak memberi banyak perhatian kepada mereka. Sebagai ibu bapa, apa yang boleh anda lakukan anda bertindak secara bijak dan berhemah dalam menangani pengalaman ini.

ANTARA CARA ATASI ANAK YANG LUARBIASA ENERGI (DEGIL)

1. Elak bertengkar dengan mereka.
Bertengkar dengan anak-anak degil menjadikan keadaan lebih buruk. Anak-anak tidak tahu norma-norma sosial tingkah laku yang diterima dan cara-cara untuk menangani konflik dalam kehidupan mereka. Kesabaran dan dedikasi adalah satu-satunya kunci untuk menunjukkan cara ke dalam fikiran mereka. Ramai ibu bapa cuba untuk membuat kanak-kanak memahami dengan memarahi mereka di khalayak ramai atau berhujah dengan mereka.

2. Lebih mendengar daripada bercakap.
Kebanyakan anak-anak mempunyai kedegilan sebagai sifat semula jadi. Sebagai ibu bapa, dengarlah isi hati mereka. Bercakap dengan mereka boleh mengalihkan perhatian dan menjadikan mereka lupa untuk bertindak degil. Apabila ibu bapa tidak mendengar kepada anak, mereka mungkin rasa seperti ditinggalkan dan tidak diingini. Kedegilan ialah cara anak-anak menjemput perhatian daripada ibu bapa. Jika anak-anak merasakan bahawa ibu bapa memberi mereka perhatian yang cukup, maka kedegilan mereka boleh hilang secara beransur-ansur.