Friday 19 September 2014

Sentuhan kasih

Teks : Yanti Sodimin



Rangsangan sentuhan ibu..sentuhan lembut ibu merupakan pemangkin kepada perkembangan sosial bayi.Senyuman dan sentuhan ibu semasa menyusu, memandi, menyalin lampin atau memakaikan baju adalah detik bayi mengenal siapa ibunya.Sentuhan itu seolah-olah bertindak sebagai pelindung dan luahan kasih sayang yang begitu mengasyikkan oleh seorang yang telah mengandung dan melahirkannya ke dunia ini.Melalui sentuhan itu jugalah, bayi belajar bersosial dan berkomunikasi mengikut tahap perkembangan usianya.Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya.Ini menandakan perkembangan sosialnya kerana suatu tindak balas berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang tersayang.

[Dr. Anna Padmavathy Soosai,Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court]

No comments:

Post a Comment