Tuesday 23 September 2014

Bayi Anda Jaundis?

Teks : Yanti Sodimin

Kerap kali kita mendengar bayi terkena jaundis atau sinonimnya dengan masyarakat Melayu dipanggil 'Demam Kuning'. Apakah punca ia sering terjadi? Apakah pemakanan menjadi punca utama atau faktor persekitaran?
  
Tahukah anda bahawa bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu ibu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan. Jaundis biasa dialami oleh bayi-bayi baru lahir terutamanya bayi yang lahir tidak cukup bulan. Jaundis ini berlaku pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila kulit ditekan. Biasanya jaundis bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.

Jaundis terjadi apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, bilirubin dihasilkan. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaanya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Tetapi, apabila berada di luar, proses ini mula dilakukan oleh hati bayi sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas. Akibatnya terjadilah jaundis.

➨ Berikut adalah petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah jaundis ini.
✔ Pertama sekali, anda bolehlah menjemur bayi anda di sebelah pagi di bawah redup (kawasan berbumbung seperti balkoni). Seeloknya jemurlah dalam pukul 8 pagi iaitu sebelum matahari tinggi. Ketika menjemurnya, tutup mata bayi supaya tidak silau.
✔ Cara yang kedua, susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayianda akan selalu membuang air kecil atau membuang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotoran yang ada dalam tubuh mereka.
✔ Dan sekiranya anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
Sumber : Mingguan Wanita

Para ibu yang hamil digalakkan mengambil makanan tambahan seperti Pur Q Active bagi mengelakkan jaundis kepada bayi selepas dilahirkan. Yakinlah dengan khasiat pemakanan sunnah di samping mengamalkan pemakanan sihat semasa tempoh kehamilan.


No comments:

Post a Comment