Wednesday 17 September 2014

Anak lambat bercakap

Teks : Yanti Sodimin



Anak lambat bercakap ?
Menurut kajian, 1 daripada 10 kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap. Kanak-kanak lelaki 2 @ 3 x lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak2 UIAM Dr Mastura Badzis berkata, keupayaan seseorang kanak-kanak boleh bercakap adalah berbeza antara kanak-kanak yang lain dan hal ini berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan. Ada anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.

Kanak-kanak daripada bayi lagi sebenarnya sudah berkomunikasí dengan orang lain melalui mimik muka dan gerak isyarat seperti menggapai tangan, pergerakan badan, bunyi mulut dan mengagah. Aktiviti ini sering dilakukan sebagai cara mereka berinteraksi dengan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, kita haruslah peka kepada perkembangan anak setiap hari.

Untuk pertuturan yang lebih baik, ibu bapa disarankan menggunakan perkataan yang betul. Ini untuk mengelakkan pelat di kalangan kanak-kanak. Mulakan berinteraksi dengan perkataan yang menggunakan suku kata yang mudah untuk diikuti seperti suku kata berulang-ulang (papa,mama, kakak, tata, baba).

Kini, terdapat alternatif lain dalam bentuk makanan kesihatan bagi membantu kanak-kanak cepat bercakap. Bahan dalam Pur Q Active merangsang minda kanak-kanak ke tahap optimum.  Anda juga pasti gembira melihat perubahan positif mereka.







No comments:

Post a Comment