Tuesday 6 May 2014

Pengenalan diri

Teks : Yanti Sodimin

Hubungi penulis:

E-mel: yantisodimin@gmail.com
Whatsapp : 0122406670
FaceBook: https://www.facebook.com/yanti.sodimin

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan Buat Pengunjung Yang Sudi Singgah :)

Alhamdulilah, syukur kepadaNYA dengan izinnya serta peluang untuk saya berkongsi dan menulis di Blog Dari Minda Yanti Sodimin milik saya.

Sebagai pembuka kata izinkan saya memperkenalkan diri. Nama penuh saya Yanti Binti Sodimin. Umum juga mengenali saya dengan nama Suraya. Saya dilahirkan di Kanchong Darat, Banting dan merupakan anak ke-3 daripada enam orang adik beradik. Saya mendapat pendidikan awal di Banting, Selangor Darul Ehsan sehingga ke Tingkatkan 5. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara (ITM) di Manjung, Perak selama setahun dan menghabiskan 2 tahun pengajian di Shah Alam dengan peningkatan naik taraf ITM kepada Universiti Teknologi Mara (Uitm) dengan mengambil Jurusan Diploma Bangunan. Sepanjang tempoh pengajian, saya berpeluang mengikuti kursus menaip dan komputer. Sijil yang diperolehi memudahkan saya memohon pekerjaan yang memerlukan 2 kemahiran ini.

Setelah tamat pengajian, saya bekerja di Port Dickson selama setahun dengan sebuah syarikat Pemaju Perumahan. Sepanjang bekerja banyak pengalaman saya perolehi sebagai seorang Penyelia Tapak. Pelbagai teknik di tapak bina telah saya pelajari secara praktikal iaitu bermula proses pembinaan rumah sehinggalah proses penyerahan kepada pembeli.

Setahun berlalu, kemudian saya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang yang sama namun jurusannya lebih kepada pengurusan. Saya mengambil Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Pembinaan selama 2 tahun bermula pada 1999-2001 di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam. Alhamdulillah berkat doa kedua ibu bapa dan usaha yang kuat, saya berjaya menamatkan pengajian ini.

Walaupun saya mempunyai kelulusan Pengurusan Pembinaan, namun saya bekerja dalam pelbagai bidang termasuklah sektor perbankan (insurans) dan perkilangan (logistik, jualan, impot dan ekspot). Alhamdulillah banyak pengalaman diperolehi bagi menambah kemahiran diri. Jawatan terakhir sebelum saya mengundurkan diri dan menjawat jawatan surirumah sepenuh masa adalah Jurutera Sivil di salah sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Selepas menamatkan perkhidmatan, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan dalam talian (online). Pelbagai perniagaan pernah saya lakukan antaranya berniaga daging kambing perap, kek keju meleleh dan produk berasaskan garam bukit dan akhirnya saya bertemu dengan produk Pur Q Active Kids Advance. Pada mulanya saya hanya mengamalkan produk ini untuk kesihatan keluarga terutama anak-anak. Alhamdulillah setelah melihat keberkesanan produk ini, saya mengambil langkah untuk menjalankan perniagaan ini dengan lebih serius. Pada awalnya saya telah berdaftar sebagai pengedar dan seterusnya menjadi Stokis untuk kawasan Kapar dan seluruh Malaysia. Apa yang membuat saya berminat dengan Pur Q Active Kids Advance, selain untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh menjana pendapatan keluarga di samping membantu keluarga yang mempunyai masalah dalam mendidik anak-anak.

Insya-Allah, saya mahu serius dalam perniagaan Pur Q Active Kids Advance dan ini merupakan faktor utama saya mengikuti Kelas Asas Blog dan Fan Page. Saya berharap dan berdoa agar dengan adanya ilmu yang saya ikuti serta pelajari dalam kelas ini dapat membantu melancarkan perniagaan dalam talian (online) saya.

Saya tidak pernah mempunyai asas menulis apatah lagi menzahirkan maklumat diri dan perasaan saya di meja blog. Matlamat saya adalah untuk mempelajari cara penulisan blog yang efektif dan mendapat sambutan daripada pembaca. Selain itu, saya mahu menjana pendapatan melalui perniagaan ini dan memberikan kebahagiaan kepada keluarga saya.

Pertemuan dengan Pn. Nurzahwani selaku guru online asas membina blog membuka mata saya bahawa jika kita ingin menulis blog perlu ada ilmu. Daripada kosong saya belajar dengan beliau sehinggalah sekarang. Terima kasih kerana beliau tanpa jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya percaya menulis di blog  dan gaya bahasa dan penulisan yang betul kerana kita bukan sekadar berkongsi maklumat tetapi menyebarkan ia secara tak langsung.

Saya akui bukannya mudah menjadi ibu kepada 3 orang cahaya mata sambil menjalankan perniagaan online. Namun, dengan mempelajari teknik yang betul, semua tidak mustahil. Pada mulanya agak kelam kabut sedikit menguruskan pesanan belian daripada pelanggan. Lama kelamaan saya berjaya berkat usaha sedaya upaya dengan membahagikan masa antara menguruskan rumahtangga dan perniagaan. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Pengurusan masa amat penting jika kita menjalankan perniagaan online. Saya bersyukur dengan adanya perniagaan yang dijalankan, saya dapat menambah pendapatan keluarga sekaligus menjaga keperluan anak-anak yang semakin membesar. Keluarga juga menyokong apa yang saya lakukan. Semuanya untuk kebahagiaan kami.

Kepada mereka yang masih mencari makanan berkhasiat untuk keluarga khususnya anak-anak, sila hubungi saya di talian 0122406670 untuk konsultasi bagi mendapatkan makanan tambahan yang sesuai untuk anda.




Maklumat lanjut mengenai pemakanan berkhasiat ini, boleh layari fan page di bawah ini.
https://www.facebook.com/purqmindbooster?ref=hl
Saya juga ingin mencari rakan niaga bagi sama-sama menjalankan perniagaan pemakanan sunnah ini. Kepada anda yang berminat, boleh hubungi saya di talian 0122406670. Terdapat pelbagai insentif menarik jika menyertai perniagaan ini.

Saya kongsikan serba sedikit perniagaan lain yang dijalankan di rumah secara online/offline

Maklumat lanjut mengenai perniagaan daging kambing perap, boleh layari fanpage di bawah ini. Produk yang ditawarkan adalah seperti ayam perap, chicken chop dan sos bolognese
https://www.facebook.com/pages/Hatinies-Kitchen-Kapar-Perepat-Sg-Kapar-Indah/527139094049899?ref=hl



Maklumat lanjut mengenai produk garam bukit, boleh layari fanpage di bawah ini. 
https://www.facebook.com/pages/Garam-Bukit-Online-Shop/1387232458203553?ref=hl





Saya percaya walaupun bekerja dari rumah, saya mampu membantu keluarga mencari pendapatan sampingan. Paling penting adalah minat dan usaha bersungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Diharap coretan saya ini memberi inspirasi kepada mereka yang mencari alternatif membina kerjaya di rumah walaupun bergelar suri rumah sepenuh masa. 

Banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk berjaya. Saya harap kita sama-sama berjaya dan kaya. Kaya di dunia, kaya di akhirat

No comments:

Post a Comment