Thursday 29 May 2014

Si kecil yang nakal

Teks : Yanti Sodimin

Anak dan nakal adalah sesuatu yang sinonim. Kenakalan adalah sebahagian proses pembelajaran mereka. Sebagai orang tua, kita tidak sepatutnya melabel anak itu nakal sampai bila-bila.

Kenakalan anak perlu dikawal kerana ditakuti akan sebati dalam diri mereka sehingga dewasa. Kanak-kanak ibarat kain putih yang bersih dan suci. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan mengikut corak yang terbaik.

Berhadapan dengan situasi si kecil suka mencubit teman sepermainannya atau menggunakan bahasa yang tidak baik adalah perkara yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak sedang membesar. Oleh itu sebagai ibu bapa anda jangan melakukan perkara tersebut :

1. Jangan memukul atau menampar anak. Tindakan ini mengajarkan pada mereka, menampar dan memukul dibenarkan apabila mereka menjadi ‘orang dewasa’ kelak.

2. Jangan memberikan kritikan atau marah. Keadaan ini mengurangkan rasa percaya diri anak dan memberikan contoh yang tidak baik.

3. Jangan menjauhkan si kecil daripada teman sebayanya.


Sebaliknya anda harus mempraktikkan perkara berikut:

1. Dengar alasan yang diberikan oleh anak tentang mengapa dia marah dan memberi alasan kepadanya bahawa dia berhak berasa marah dan mengekspresikan kemarahan secara tepat.

2. Ajar anak kata-kata yang baik dan tepat untuk mengungkapkan perasaan marahnya.

3. Berikan denda kepadanya. Tidak perlu hukuman yang berat, misalnya minta si kecil untuk duduk diam dan berkelakuan baik selama beberapa minit.

Bagi menangani masalah anak nakal, anda boleh memberikan mereka Makanan Minda Untuk Anak iaitu PUR Q yang mampu membantu ke arah pemikiran yang positif. Di dalam Pur Q ada disertakan bacaan rukyah sebagai terapi bagi melembutkan jiwa anak-anak. Seterusnya dapat membentuk kelakuan anak-anak ke arah kebaikan. Kenakalan anak akan semakin berkurangan jika mengamalkan pemakanan sunnah ini secara konsisten dan berterusan

"Makanlah daripada makanan yg baik-baik yg telah KAMI berikan kepadamu" (Al-Baqarah 2:57)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, hubungi penulis di talian 0122406670 untuk info lanjut

Garam bukit


+




Saffron

=




Pur Q Active



1 comment:

  1. Pemakanan yg baik memang akan membentuk peribadi kita...
    jemput singgah ke blog kait http://dalilayusof.blogspot.com/
    saya juga menwarkan perkhidmatan kereta sewa dan produk jualan raya seperti kuih raya dan pes nasi arab...

    ReplyDelete