Friday 23 May 2014

Anak terkena sawan

Teks : Yanti Sodimin

Alhamdulillah saya masih berpeluang menghirup udara segar pagi ini walaupun tak cukup tidur. Gara-gara si anak bongsu menghidap demam panas akibat tonsil yang dihidapi yang menyebabkan zara diserang sawan..

Ini adalah kali kedua zara diserang sawan akibat suhu panas yang tinggi mencecah 39 darjah celcius. Semasa serangan yang kedua, saya berdoa agar diberi kesembuhan pada zara. Tak sanggup rasanya melihat tubuhnya kecilnya mengejang seraya mata memandang kepada saya seolah-olah meminta tolong dan berkata "Ibu..zara sakit". Masa itulah gugur air mata melihat kesakitan anak.  Mujur ketika kejadian saya terus membasahkan kepala dengan air sejuk dari paip. Sambil membasahkan kepala anak, saya tidak berhenti berdoa agar zara selamat. Hampir 3 minit kemudian zara terkulai layu dipangkuan saya kerana keletihan. Saya memanggil zara sambil mengusap air yang masih menitik di kepalanya. Perlahan-lahan dia membuka matanya walaupun keadaan masih lemah.

Saya membawa anak ke Hospital pakar KPJ Klang atas nasihat doktor di sebuah klinik susulan serangan sawan kali kedua. Serangan pertama berlaku pada bulan 3 tahun ini. Ekoran peristiwa ini, saya dinasihatkan membawa anak ke hospital bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan. Serangan ini boleh berulang dan memberi petanda tidak baik terutama bagi perkembangan otak anak. Kesan ini tidak nampak sekarang, tetapi pada masa akan datang berkemungkinan keupayaan otak akan terjejas. Sebagai ibu, risaunya hati ini, Allah saja yang tahu.

Di hospital zara terus dimandikan kerana suhu badannya tinggi iaitu 39 darjah celcius. Menggigil dan menangis zara menahan kesakitan dan kesejukan. Selepas diberi ubat, saya dibenarkan berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak bagi memeriksa keadaaan Zara. Doktor memberitahu suhu badan zara turun ke 37 darjah celcius dan semasa sesi pemeriksaan Zara aktif dan berjalan sekitar bilik doktor. Doktor memaklumkan sawan boleh terjadi lagi sekiranya suhu badan tinggi. Pemantauan perlu dilakukan untuk mengelakkan sawan daripada berulang. Bagi kes Zara, demam adalah disebabkan tonsilnya bengkak. Sekiranya dalam umur 5-6 tahun sakit tonsil ini tidak sembuh, pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut.

Jangan ambil mudah apabila anak mengalami demam panas. Sekiranya suhu terlalu tinggi berkemungkinan anak diserang sawan. Periksa sendi badan anak-anak kerana apabila sendi panas, bermakna suhu badan anak semakin tinggi. Sediakan termometer bila anak demam bagi mengesan suhu badan agar tidak terlalu panas. Ini untuk mengelakkan berlakunya serangan sawan

 Akibat demam panas, Zara tidak lalu makan dan hanya minum air dan sedikit susu. Mujurlah saya tidak lupa memberi Zara Pur Q bagi menambah tenaga dan selera makan kepadanya. Semoga Zara terus sihat menjadi anak yang cerdik dan solehah.

Jika ingin mencuba Pur Q Active, boleh hubungi penulis di 0122406670 untuk info lanjut




No comments:

Post a Comment