Thursday 24 April 2014

Garam bukit khazanah alam yang tidak ternilai

Teks : Yanti Sodimin

Ketahui rahsia garam bukit

Garam bukit dapat membantu meningkatkan aura dan potensi diri. Bagaimana? Garam bukit ini antara rahsia alam yang mempunyai tenaga atau energi. Sama seperti air. Dua bahan ini mempunyai kekuatan memerangkap gelombang dalam cara yang berbeza.

Sebab itu dalam perubatan Islam, air dan garam banyak digunakan. Tetapi bukan menggunakan garam laut, sebaliknya gunakanlah garam bukit. Ini kerana garam bukit tidak disukai oleh makhluk seperti jin dan syaitan.

Banyak lagi rahsia garam, air sejuk, tulang dan darah serta lain-lain lagi yang menjadi rahsia dalam diri kita. Gabungannya sangat membantu bagi membentuk aura diri yang lebih baik. Pengambilan secubit garam bukit pada waktu pagi, mampu menjadi amalan pemurah rezeki dan secubit sebelum dan selepas makan bagi memperbaiki kesihatan.. Wallahualam..



No comments:

Post a Comment