Monday 27 October 2014

Telur makanan minda hebat

Teks : Yanti Sodimin




Makanan Minda atau makanan yang dikenali sebagai "Brain Foods" ini adalah cadangan amalan pemakanan yang perlu diambil dalam kehidupan seharian anak untuk untuk mengaktifkan keseluruhan otak anak seperti merangsang pertumbuhan sel otak, memperbaiki fungsi otak, meningkatkan daya ingatan otak dan tumpuan berfikir untuk kanak-kanak serta dewasa.

Antara Makanan Minda yang perlu diamalkan ialah:

Telur:
Telur dikenali sebagai sumber penting protein yang relatif murah dan harganya cukup mampu untuk dibeli. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, sesuatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingatan.

Oleh itu, jadikan telur sebagai amalan pemakanan anak supaya memori dan daya ingatan anak menjadi kuat.


Satu sumber mengatakan bahawa telur mengandungi banyak vitamin B12 serta lesitin. Vitamin B12 membantu mencegah kemerosotan fungsi otak yang sering dilihat pada penyakit Alzheimer. Meskipun demikian, amat tidak sihat jika makan telur terlalu banyak kerana telur penuh dengan asid lemak tepu.

Tetapi kuning telur, meskipun amat tinggi dengan kolestrol, ia juga tinggi dengan kolin yang merupakan unsur membina sel otak. Kolin dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Sementara itu, lesitin amat penting sebagai makanan otak yang baik untuk daya ingatan dan tumpuan kerana mengandungi zat besi yang penting bagi fungsi otak.

Selain itu, telur juga kaya dengan zink, vitamin A (untuk penglihatan), vitamin D (untuk pertumbuhan tulang), Vitamin E(untuk mencegah penyakit) dan vitamin B12 (untuk membentuk sel darah merah).

Oleh itu, lengkapkanlah sarapan pagi anak dengan telur.


1 comment:

  1. Mystino Slots Review (2021) - Casino in Japan
    Mystino 샌즈카지노 is a slot that can be played from the 더킹카지노 comfort of your own home. With an impressive selection of bonuses and features, we have a ミスティーノ

    ReplyDelete