Sunday 12 October 2014

Rahsia yahudi mendidik anak

Teks : Yanti Sodimin



1. Cenderung inginkan anak-anak mereka menjadi genius samada di dalam akademik, muzik dan sebagainya. Si ibu akan menyanyi dan bermain piano manakala si bapa pula akan menghadap buku matematik bersama-sama dengan si ibu menyelesaikan masalah matematik yang rumit untuk merangsang sel-sel otak bayi untuk menerima saranan yang diingini oleh ibu dan bapa.

2. Orang-orang Yahudi mengambil berat hal ini sejak anak-anak masih kecil lagi. Mereka tahu bahawa untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dan cergas, sel-sel otak perlu sering berhubung dan cekap.

Pemilihan menu semasa makan juga dijaga. Ikan tidak akan dihidang bersama dengan daging kerana menurut mereka, makanan laut dan makanan darat tidak boleh dimakan bersama kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Buah-buahan juga tidak dimakan selepas makan hidangan utama, tetapi dimakan sebelum itu.

Untuk anak-anak yang bersekolah, mereka akan memberikan pil minyak ikan, kacang badam dan madu.

3. Menitikberatkan matapelajaran matematik dan perniagaan di sekolah. Semasa berada di sekolah tinggi, pelajar-pelajar akan digalakkan untuk terlibat di dalam sains dan rekacipta. Sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk menghasilkan satu produk yang boleh memperbaiki kehidupan orang-orang Yahudi. Jika mereka berjaya dan menghasilkan ciptaan yang berpotensi tinggi, idea tersebut akan dibawa ke institusi yang lebih tinggi iaitu universiti.

Di universiti pula, perniagaan dipandang serius terutama pelajar di dalam jurusan perniagaan. Kerja kursus yang diberikan mungkin agak sama seperti universiti-universiti lain di dunia – buat satu perniagaan dan hasilkan keuntungan.

4. Walaupun ada di kalangan orang Yahudi yang berfahaman sekular dan tidak mementingkan agama, namun ada di kalangan mereka yang masih berpegang dengan ajaran agama.

Orang Yahudi Ortodok masih mengekalkan adat resam dan peraturan agama Judaism yang dianuti. Mereka berpendapat bahawa agama penting di dalam kehidupan dan dengan menjalankan ibadah, seseorang dapat mengubah dirinya.

Anak-anak dididik dengan pendidikan agama supaya mereka mampu menjadi orang Yahudi yang berguna kepada bangsanya nanti.

Kita boleh mencontohi cara ini dengan menerapkan pendidikan agama untuk anak-anak. Dengan keadaan zaman yang penuh pancaroba ini, hanya kekuatan rohani sahaja yang mampu menangkis segala macam fitnah dan cubaan dunia.

Dekatkan anak-anak dengan al-Quran. Latih mereka supaya mereka boleh membaca al-Quran, memahami maknanya dan menghafalnya.

Jika anda tidak dapat menghantar anak anda ke sekolah pondok, cukup sahaja dengan didikan dan pengawasan anda. Anda boleh membentuk sahsiah dan keperibadian anak anda jika anda melakukannya ketika mereka masih kecil.

No comments:

Post a Comment