Friday 29 August 2014

Teknik Saidina Umar mendidik anak

Teks : Yanti Sodimin

Alhamdulillah bertemu kita di pagi Jumaat yang mulia. Mulakan hari ini dengan membaca surah Al-Fatihah dan sedekahkan kepada ibu bapa tak kira jika mereka masih hidup atau pun telah tiada. Amalkan juga membaca surah Al-Kahf setiap hari Jumaat kerana banyak fadhilatnya. Antaranya menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajjal. Amalkan ayat 1-10 dan 100-110.


Bercerita tentang anak-anak, rupa-rupanya ada teknik untuk mendidik mereka. Ada pelbagai teknik yang dianjurkan sehingga ada seminar dijalankan bagi membantu golongan ibu bapa bagi mengatasi masalah dalam mendidik anak-anak.

Kita lihat perkongsian menarik iaitu "Teknik Saidina Umar Mendidik Anak". Ada sebahagian perkara dalam teknik ini telah pun kita praktikkan namun tidak lengkap rasanya jika kita tidak melihat jadual keseimbangan dalam carta yang dilampirkan. Ayuh! kita sama-sama berjihad dan istiqomah dalam mendidik anak ke arah generasi berakhlak mulia.



Islam juga menganjurkan agar pendidikan anak-anak hendaklah diberi sebaik-baiknya oleh ibu bapa. Sebagai ibu bapa kita diwajibkan mendidik mereka daripada saat mereka dilahirkan sehingga akil baligh. Kita soroti pendidikan Islam yang wajar kita berikan kepada anak-anak di bawah ini.





No comments:

Post a Comment