Saturday 23 August 2014

Pur-Q Pro Kids Advance minuman coklat yang lazat

Teks : Yanti Sodimin




Mencari minuman coklat yang lazat lagi berkhasiat? Alhamdulillah kini kita tak perlu bersusah payah kerana terdapat pelbagai produk keluaran muslim menyediakan minuman berasaskan koko yang halal, berkhasiat dan cepat disediakan.

Memperkenalkan Pur-Q Pro sebagai minuman tambahan tenaga penuh berzat untuk anda seisi keluarga. Ia mengandungi bahan2 yang baik utk kesihatan anda.

Kandungan Pur-Q Pro:
 koko
 susu
 madu
 barli
 ginko biloba


Sungguh mudah menyediakan minuman Pur-Q Pro ini. Hanya masukkan 2 sudu ke dalam cawan, tuangkan air panas dan kacau sehingga sebati. Dah siap untuk diminum. Menariknya kita tidak perlu tambah gula atau susu. Nak minum panas atau sejuk pun boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing. Rasanya setanding minuman coklat terkenal di luar sana.

Isi kandungan : 500g
Harga pasaran : RM34.50
Postage : RM6

Jom kita baca kebaikan koko dalam Pur-Q Pro Kids Advance

1. Makanan lengkap dan seimbang

Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia termasuklah 10 peratus lemak, 22.4 peratus protein, 46.7 peratus karbohidrat, 2.8 peratus theobromina dan pelbagai vitamin A,B, D dan E.

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratus riboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

2. Benteng kerosakan gigi

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

3. Bukan penyebab kegemukan

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.

4. Baik untuk jantung

Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids yang dapat mengurangkan risiko adrenosklerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam sehari.

Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.

5. Mengawal tekanan darah

Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula di dalam makanan menjadi tenaga.

Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindak balas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik dalam sel.

6. Mengawal kencing manis
Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10 peratus pes koko, 25 peratus lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.

7. Menghalang jerawat dan parut

Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu pertumbuhan jerawat dan pembentukan parut.

8. Mengawal kerosakan sel dan tisu badan

Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalan kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.

9. Baik untuk kulit

Lemak koko mengandungi 34 hingga 36 peratus asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.


Hubungi penulis di:

Email : yantisodimin@gmail.com
Sms@Whatsapp : 0122406670

No comments:

Post a Comment