Thursday 26 June 2014

Pengganti vaksin

Teks : Yanti Sodimin

Alhamdulillah anak saya sihat walaupun tidak mengambil sebarang suntikan. Zara jarang sakit seperti demam dan selsema. Jika demam pun ia tidak mengambil masa yang lama untuk pulih.

 Zara mempunyai ekzima namun tidaklah terlalu serius. Cuma bila cuaca terlalu panas, ruam mudah naik dan dia akan mula menggaru. Saya cuba elakkan daripada menggunakan krim yang mengandungi steroid kerana ia bukan menyembuhkan ekzima bahkan membuatkan kulit lagi sensitif.

Mujurlah Zara masih menyusu badan. Sedikit sebanyak ketahanan badannya kuat kerana mendapat zat semulajadi daripada susu ibu. Di samping itu, saya memberinya kurma dan madu agar sistem imunisasi badannya kuat.

Saya menitikberatkan pemakanan yang baik dan seimbang buat Zara. Saya juga memberinya makanan tambahan bagi menguatkan antibodi badannya iaitu Pur Q Active selain madu dan kurma. Khasiat yang terkandung dalam Pur Q membuatkan saya yakin dan terus memberi Zara makan setiap hari. Terdapat perubahan pada kulit Zara di mana ruam kemerahan mula timbul. Saya agak risau tapi itu adalah tindak balas yang terjadi. Hampir beberapa hari diambil untuk memulihkan keadaan Zara. Alhamdulillah ruam semakin lama semakin hilang dan tiada aktiviti menggaru dibuat oleh Zara. Jika ada pun tidaklah banyak seperti dulu. Jika dulu Zara alah pada makanan bersumberkan telur, tapi sekarang dah boleh makan.








Safron antara bahan utama dalam Pur Q Active

No comments:

Post a Comment