Monday 30 June 2014

Marhaban Ya Ramadhan (satu hari satu juzuk)

Teks : Yanti Sodimin

Alhamdulillah bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu Ramadhan Kareem. Kali ini Ramadhan terasa dekat sangat di hati seperti tahun sebelumnya. Seronok dan bersyukur kerana anak-anak berazam untuk menghayati ramadhan ini dengan penuh kesederhanaan. Jika dulu, bila tiba masa untuk berbuka, semua hendak dibelinya apabila menjengah ke bazar Ramadhan. Sekarang, mereka membeli dengan lebih berhemah (beli 1 atau 2 kuih muih sebagai pencuci mulut).

Puasa kali ini lebih teruja sebab pertama kali bertadarus secara alam maya dengan rakan-rakan "whatsapp". Ada di antara kami saling tidak mengenali antara satu sama lain, namun masih boleh berbicara melalui perantaraan kumpulan tadarus yang ditubuhkan. Setiap hari kami akan bergilir-gilir membaca surah yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat ahli yang tidak dapat membaca pada hari tersebut atas sebab keuzuran, rakan-rakan lain sedia membantu mengambil alih tugasan membaca Al-Quran. Sesungguhnya nikmat bertadarus itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Terasa Ramadhan kali ini lebih bermakna. Sebelum ini penulis hanya membaca secara bersendirian, namun kali ini bila mengalunkan bacaan A-Quran secara tertib, kemanisan bulan yang mulia ini lebih dirasai. Semoga ikatan ukhuwwah kumpulan kami ini (ODOJ - one day, one juz) ini berkekalan sampai bila-bila.

Insya-Allah azam untuk khatam Al-Quran berjaya dilakukan bersama-sama.

Di sini disertakan beberapa tips untuk menghabiskan (khatam) Al-Quran dalam tempoh sebulan. Semoga amalan membaca kitab mukjizat ini berterusan bukan hanya pada bulan puasa sahaja.


No comments:

Post a Comment