Sunday 6 July 2014

Semerah buah ceri

Teks : Yanti Sodimin



Ceri merupakan buah kegemaran penulis. Setiap kali ke pasaraya, pastinya buah ini menjadi sasaran penulis untuk dibawa pulang. Warnanya yang merah serta kehitaman menambat hati. Ditambah pula rasanya yang manis, cukup mengujakan penulis untuk terus makan buah ini tanpa henti.

Cuba bayangkan alangkah bagusnya kalau kita mempunyai ladang ceri sendiri. Bila-bila nak makan boleh petik. Jom kita jamu mata melihat kecantikan buah ceri yang sempat penulis kumpul untuk tatapan bersama.

Khasiat Buah Ceri – Ceri merupakan buah berbiji yang berasal asli dari dari belahan bumi utama dan tumbuh subur di iklim yang hangat. Buah ini banyak tumbuh di Amerika, semenanjung Iberia, Negara Baltik, Skandinavia dan Kanada. Buah yang biasanya menjadi hiasan makanan terutama pada kue tart ini, selain rasanya yang manis juga memiliki banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh anda.


  • Buah ceri berkhasiat untuk kesihatan pada kulit. Kandungan vitamin A yang mengandungi karoten tinggi pada buah ceri ini dapat membantu proses kekebalan tubuh dan juga untuk mencantikkan kulit. 
  • Buah ceri bahkan memiliki kandungan 20 kali lebih banyak daripada buah strawberi dan blueberi. 
  • Buah ceri berkhasiat untuk mencegah radikal bebas. Kandungan anthocyanin dalam buah ceri berfungsi sebagai anti-inflamasi sehingga dapat mencegah kerosakan kulit akibat radikal bebas. 
  • Buah ceri berkhasiat untuk mencegah penyakit jantung, menurut sebuah penelitian di Universiti Michigan mengatakan bahawa dengan mengkonsumsi buah ceri dapat mencegah risiko penyakit jantung dan kolesterol. 
  • Buah ceri berkhasiat untuk mencegah penyakit barah. Kandungan cyadinin yang berfungsi sebagai antioksidan dalam buah ini berkhasiat untuk melawan penyakit barah. 
  • Buah ceri berkhasiat untuk meningkatkan kemampuan pada otak. Kandungan antosianin dalam buah ini berguna untuk meningkatkan kemampuan pada otak secara signifikan. 
  • Buah ceri berkhasiat sebagai ubat tidur yang alami. Untuk penderita insomnia sebaiknya mengkonsumsi buah ini, kerana ia memiliki kandungan melatonin sehingga hormon bekerja dengan stabil untuk mengatur siklus pada tubuh. 
  • Buah ceri berkhasiat untuk menyembuhkan radang pada sendi. Dengan mengkonsumsi jus ceri sebanyak tiga kali dalam sehari akan membantu menyembuhkan radang pada sendi kerana ia memiliki kandungan anti-inflamasi. 
  • Buah ceri berkhasiat untuk mencegah diabetes. Kandungan antocyanin pada buah ceri dipercayai dapat meningkatkan penghasilan insulin sehingga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes. 

Meskipun harganya mahal, tidak ada salahnya jika sesekali anda mengkonsumsi buah ini untuk menambah kandungan gizi untuk kesihatan pada tubuh anda. Itulah ulasan tentang Khasiat Buah Ceri, semoga dapat bermanfaat bagi anda semua.









No comments:

Post a Comment