Wednesday 5 March 2014

Jeli halal

Teks : Yanti Sodimin

Makanan tambahan penting untuk anak2. Pastikan ia daripada sumber yang halal agar dapat membentuk generasi berilmu serta berakhlak mulia. Melalui pemakanan kita dapat mendidik anak-anak dengan mudah kerana sumber yang halal diperakui dapat membendung aura negatif dalam diri. Hari ini, kita jarang menitikberatkan soal pemakanan halal. Walhal inilah penyebab mengapa kita sukar mendidik generasi sekarang. Kita lebih terdedah kepada makanan yang tidak diketahui samada bersumberkan halalan toyyiba atau tidak. Makanan yang dimakan akan menjadi darah daging. Bila sumbernya tidak halal, timbullah pelbagai masalah yang merunsingkan ibubapa seperti tidak mendengar kata, biadap, bergaduh sesama sendiri, malas belajar, malas mendirikan solat, tidak fokus pada pelajaran dan banyak lagi.

Sudah sampai masanya kita mendidik anak-anak melalui pemakanan halal lagi berkhasiat. Semak dan buatlah kajian sebelum memberi makanan tambahan untuk mereka. Terdapat banyak pilihan di pasaran vitamin atau "supplement" untuk anak-anak yang pastinya khas untuk perkembangan minda mereka. Pastikan ia halal daripada segi pembuatan atau mempunyai sijil IMP (Islamic Manufacturing Process). Pilihlah produk buatan muslim

Pur Q Active dirumus khas bagi menangani masalah virus negatif di kalangan anak2 dengan bahan unik iaitu saffron dan garam bukit. 2 sumber ini kemudian diadun dan diolah menjadi jeli cantik berwarna warni yang disukai oleh anak2.

Bayi, kanak-kanak mahupun dewasa boleh menikmati manisan berkhasiat ini.

Jadikan Pur Q Active teman minda di mana saja anda berada

No comments:

Post a Comment