Monday, 16 June 2014

Pengembaraan di Legoland bagi menggalakkan stimulasi anak-anak

Teks : Yanti Sodimin

Pengembaraan Zara bayi berusia 16 bulan di Legoland merupakan pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Proses pembelajaran Zara tentang alam sekeliling semakin menarik dan mencabar. Galakkan anak-anak kita berinteraksi dengan alam sekeliling agar minda pembangunan dapat dikembangkan. Kita lihat aksi Zara meneroka dunia Lego di depan mata.



Berjalan dan terus berjalan


Pening kepala melihat banyak binaan yang menarik


Binaan lego Ribena


Mengabadikan kenangan dgn Ribena


Bermain bola


Menaiki lego unta 




Menaiki keretapi tapi muka cuak sampai menangis

Percutian yang menyeronokkan kami sekeluarga. Sesekali melawat tempat orang banyak pengalaman menarik dapat dikutip. 

Sebenarnya otak merupakan pusat kawalan kemahiran intelektual, motor, emosi dan komunikasi anak-anak kita. Untuk membantu perkembangan minda si manja, kita hendaklah menggabungkan nutrien yang betul di dalam pemakanan si manja. Selain daripada susu yang mengandungi pelbagai nutrien, makanan tambahan juga perlu. Pilihlah yang sesuai dengan kebaikan untuk anak-anak. Untuk Zara saya bekalkannya dengan Pur Q Active. 

Sebagai ibu bapa, amat penting kita menitikberatkan stimulasi bagi menggalakkan pencapaian anak-anak. Stimulasi merujuk kepada interaksi aktif si manja yang bukan sahaja dengan ibu bapa malah persekitarannya juga. Dengan memahami pencapaian yang menandakan perkembangan , kita dapat mengukur dan mengesan kemajuan mereka.

Berikut ialah beberapa cadangan aktiviti stimulasi yang boleh kita cuba bersama si manja:

1 tahun :  Selak muka surat sebuah buku dan ajak anak melihatnya. Ketika perkembangan intelektual berlangsung, anak kita mungkin akan menunjukkan gambar kucing jika kita bertanyakan kepadanya di manakah kucing.

2 tahun :  Menyediakan barang permainan yang membantu memperkembang kemahiran motor seperti memasukkan tali ke dalam manik besar atau melukis dengan kapur.

3 tahun :  Bercakap dan memberi tindak balas kepada anak-anak adalah satu perkara terbaik yang boleh kita lakukan untuk merangsang kemahiran komunikasi dan intelektual mereka.

No comments:

Post a Comment