Saturday, 24 May 2014

Sihat dengan apa yang kita makan

Teks : Yanti Sodimin

Makanan bagaimana yang sedap untuk dimakan?

Terdapat pelbagai makanan sedap yang boleh diambil, tetapi tidak semestinya ia baik untuk tubuh badan kita. Lebihkan sayur dan buah-buahan dalam setiap hidangan.

Di rumah, saya pastikan ada makanan seimbang seperti nasi, sayur daging/ikan bagi memastikan tumbesaran anak-anak dijaga.

Amalkan pemakanan seperti yang diamalkan oleh Rasulullah bagi menjamin kesihatan tubuh badan.

Barli adalah antara minuman kegemaran saya dan anak-anak. Ia baik untuk melegakan ketegangan.

Anggur pula memang menjadi kesukaan keluarga. Delima pun sedap tapi nak cari yang manis memang susah. Ia bagus untuk perkembangan otak dan melegakan sakit dalam badan.

Rugi jika kita tak mengamalkan pemakanan sunnah ini. Selain mudah didapati, ia memang baik untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment