Teks : Yanti Sodimin
Mengapa anak mencuri wang? Budaya membiarkan wang merata rata sebenarnya boleh menanam benih budaya mencuri ke atas anak2. Kanak2 yang memang sukakan duit mungkin akan mengambil wang itu. Pada peringkat awal mungkin anak meminta izin atau mengambilnya di hadapan ibubapa.Si bapa mungkin bersikap tidak kisah jika anaknya mengambil wang berkenaan. Lama kelamaan, sifat longgar ibubapa tadi mungkin diterjemahkan sebagai kebebasan untuk mengambil wang itu tanpa kebenaran. Lantas anak mentafsirkan bahawa mengambil harta dan wang orang atau mencuri itu bukanlah satu kesalahan. Walaupun isu ini nampak sebagai remeh, namun ia perlu diberikan perhatian serius kerana ia melibatkan tingkahlaku anak bila dewasa nanti.
Terdapat juga ibu bapa meletakkan wang di merata tempat untuk melihat sejauh mana kejujuran anak mereka. Mereka akan memberitahu anak bahawa jika sesuatu barang yang bukan miliknya, maka tidak wajar mengambil barang tersebut. Mengajar anak-anak bukan perkara mudah. Ibu bapa perlu pelbagaikan kaedah dalam mendidik agar anak-anak membesar dalam keadaan menghormati hak orang lain. Kaedah ini boleh dipraktikkan namun ketegasan ibu bapa adalah amat penting terutama menyampaikan mesej 'tidak boleh mengambil barang tanpa keizinan'.
No comments:
Post a Comment