Teks : Yanti Sodimin
Setiap anak mempunyai kebolehan tersendiri. Minat mereka sememangnya boleh dipupuk dengan memberi sokongan serta galakan sesuai dengan peringkat umur mereka. Pendedahan awal adalah lebih baik memandangkan anak-anak mempunyai seribu satu imaginasi yang kadang kala melampaui batas akal fikiran orang dewasa.
Lihat apakah minat anak-anak kita terhadap perkara yang dipelajari setiap hari. Ibu bapa boleh melakukan pemantauan setiap hari dengan menyemak buku aktiviti sekolah harian anak-anak. Kenal pasti kecenderungan anak terhadap pelajaran kesukaan mereka.
Makanan tambahan yang diberikan pada anak-anak juga membantu mereka lebih cekap dan pantas berfikir kerana minda telah dirangsang dengan khasiat di dalamnya
Semuanya dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment