Tuesday 30 September 2014

Makanan berperisa untuk bayi

Teks : Yanti Sodimin
==============================



Pernahkah anda sebagai ibu terfikir untuk memberikan makanan yang berperisa kepada bayi? Tentu sesekali pernah terlintas di fikiran anda untuk menambahkan sedikit perisa dalam makanan yang dimasak untuk si manja. Apatah lagi sekiranya bayi comel anda seperti enggan makan apabila disuap.
Kebanyakan doktor mengesyorkan supaya menunggu sehingga bayi berusia lapan bulan sebelum memperkenalkan rempah-rempah ke dalam makanannya. Ini adalah untuk mengelakkan masalah sakit perut serta reaksi alergi.

Walau bagaimanapun,di ingatkan supaya anda tidak tergesa-gesa memperkenalkan makanan berempah kepada bayi. Sekiranya anda biasa memakan makanan berempah semasa menyusukan bayi, dia mungkin telah biasa dengan rasa rempah.

Rempah bukan sahaja merujuk kepada bahan masakan yang pedas seperti cili dan lada hitam sahaja tetapi termasuk bawang putih, halia, jintan, ketumbar,halba, kunyit dan sebagainya. Herba dan rempah bukan sahaja menyedapkan masakan tetapi ia ada faedah kepada kesihatan.

Misalnya, halia, jintan manis, jintan putih digunakan dalam rawatan tradisional India untuk menenangkan perut kembung dan membantu pencernaan sementara bawang putih dan kunyit pula bersifat antiseptik dan antioksida.

Perkenalkan rempah-rempah tersebut satu persatu dalam kuantiti yang sangat sedikit. Beri tempoh masa sehingga seminggu sebelum memperkenalkan rempah baharu dalam menu bayi anda. Dengan cara ini, sekiranya ada sebarang reaksi atau alahan, anda boleh mengenal pasti sumbernya dengan serta merta.

Berikut adalah cara memperkenalkan rempah kepada bayi anda:

★ Seulas bawang putih atau sepotong kecil halia boleh diparut dan dimasukkan ke dalam hidangan seperti ayam yang disiat-siat atau dal ketika sedang dimasak .

★ Rempah serbuk seperti kunyit, jintan putih dan ketumbar boleh ditambah sedikit ke dalam kuah semasa memasak.

★ Sedikit biji-bijian seperti jintan manis dan biji sawi boleh ditumis dengan sesudu kecil minyak sapi sebagai perisa untuk dal, nasi dan sayur goreng.

★ Secubit serbuk kayu manis, buah pala atau serbuk buah pelaga boleh dimasukkan ke dalam mufin atau pencuci mulut dan manisan lain.

★ Herba segar seperti pudina dan daun ketumbar boleh digunakan sebagai bahan hiasan untuk hidangan sayur goreng, kari dan nasi.

Selepas anak anda berusia 18 bulan dan sekiranya dia tahan makan makanan berempah, rempah-rempah pedas boleh diperkenalkan. Tambahkan rempah seperti cili dan lada hitam dalam kuantiti yang sangat sedikit. Berhati-hati jika menggunakan cili hijau segar dan serbuk cili mentah. Lidah dan perut anak yang sensitif mungkin tidak dapat menerimanya. Anda boleh mengimbangkan rasa pedas cili dengan mencampurkan dadih ke dalam masakan itu.

Gunalah rempah daripada jenama yang dipercayai dan mempunyai sijil yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan kesihatan. Pastikan tidak menggunakan rempah yang sudah luput tarikhnya.

Saturday 27 September 2014

10 panduan mengajar anak

Teks : Yanti Sodimin



Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Friday 26 September 2014

Ibu..cakaplah dengan saya

Teks : Yanti Sodimin



Kajian yang agak mengejutkan mendapati ibubapa hanya berkomunikasi 5 - 10 minit sahaja dengan anak. Percakapan yang wujud antara ibubapa dan anak lebih berbentuk larangan, perbandingan, sindiran dan arahan seperti buat kerja rumah, tolong angkat kain, kenapa bergayut di telefon lama-lama dan lain-lain.

Komunikasi berkesan adalah perhubungan dua hala antara ibubapa dan anak dalam keadaan mesra. Nasihatlah anak seperti mana kawan-kawan menasihati mereka. Jangan sesekali ibubapa :
• Lebih banyak bicara daripada mendengar
• Merasa tahu lebih banyak daripada anak

Elakkan dari terbentuknya tabir minda antara ibubapa dan anak. Anak-anak adalah anugerah daripada Allah. Hendaklah kita menjaga dan mendidik amanah ini dengan sebaik-baiknya.

Thursday 25 September 2014

Tips elak anak sakit

Teks : Yanti Sodimin
=====================
Kanak-kanak sedang membesar sememangnya mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman yang berisiko menyebabkan mereka sakit seperti demam, batuk dan selesema. Justeru kita perlu mendidik mereka menjaga kesihatan diri supaya kurang risiko jatuh sakit.
Mereka mudah meniru perbuatan orang dewasa terutama ibu bapa sendiri. Oleh itu apa kata biasakan anak-anak anda dengan amalan sihat berikut supaya ia menjadi sesuatu yang rutin dalam hidup mereka dan secara tidak langsung mengajar mereka gaya hidup sihat.
★Kerap mencuci tangan
Tangan adalah tempat paling banyak bakteria membiak. Apatah lagi dalam kalangan kanak-kanak yang aktif meneroka pelbagai aktiviti lasak di sekeliling mereka. Oleh itu sentiasa ajar anak anda membersihkan tangan sebelum makan, selepas makan atau selepas melakukan aktiviti bermain. Ajarkan mereka langkah membersihkan tangan dengan betul sambil memberitahu apa sebab mereka perlu mencuci tangan.
★ Beriadah
Aktiviti riadah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kerap mendapat demam selesema. Beriadah secara sihat membuatkan sel-sel menentang jangkitan kuman berjalan dengan lancar. Ia lebih baik berbanding pengambilan ubat-ubatan. Oleh itu, bawa anak anda beriadah di luar rumah atau sekadar main kejar-kejar di taman.
★ Disiplinkan waktu tidur
Biasakan anak anda tidur secara teratur setiap hari. Sentiasa pastikan dia tidur pada waktu yang sama setiap malam. Tidur dengan jadual yang sama setiap hari melatih anak anda menjadi lebih berdisiplin dan paling penting dia akan lebih sihat dan terhindar daripada mudah mendapat penyakit.
★ Banyak makan sayur dan buah
Amalan pemakanan yang sihat juga menjadikan anak anda membesar sebagai kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang kuat. Cara terbaik memenuhi keperluan vitamin dan mineralnya iaitu dengan banyak makan sayur dan buah-buahan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C seperti brokoli, strawberi dan kiwi, makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan tuna, susu dan bijirin. Mengamalkan makan yogurt diperkaya probiotik aktif juga boleh meningkatkan ketahanan tubuh.
Sekiranya anak sudah dibiasakan dengan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat ini sejak kecil maka ia akan diteruskan sehingga dewasa.

Wednesday 24 September 2014

Kekalkan kecerdasan anak anda bersama Pur- Q Active Kid's Advance.

Teks : Yanti Sodimin



Jeli minda Pur- Q merupakan makan berkhasiat tinggi yang membantu mengoptimumkan perhubungan serta maklumat semasa otkan bekerja. Di adunkan bersama herba yang hebat berkualiti tinggi mampu meningkatkan keupayaan daya berfikir anak ketahap yang lebih tinggi.

Khasiat safron@za'faran yang dikenali ramai saintis akan khasiatnya yang membantu menguatkan daya ingatan serta pengaliran oksigen ke dalam otak yang lebih baik dan lancar. Apabila kekuatan otak ini ditingkatkan keparas yang optimum, segala pembelajaran anak akan lebih baik serta fokus mereka di dalam kelas tidak lagi akan terganggu dan mereka sendiri akan berasa gembira kerana pembelajaran yang mereka ikuti itu dapat difahami dengan mudah.

Bukan di situ sahaja, fungsi garam sebagai salah satu mineral yang membantu pelbagai jenis masalah dalam badan kita menguatkan dan menstabilkan organ-organ tertentu. Mungkin ramai yang tidak mengetahui garam adalah faktor penting dalam meningkatkan perhubungan serta maklumat semasa otak bekerja. Dalam perkataan saintifiknya garam di namakan "sodium chloride" juga membantu mengeuarkan asid berlebihan di dalam otak. Perhubungan yang baik dan lancar ditambah pula perjalanan oksigen dalam otak mampu mengekalkan kestabilan dan memberi kesan yang optimum terhadap pemikiran mereka.

Hubungi penulis di:
 Email : yantisodimin@gmail.com
 Sms@Whatsapp : 0122406670


Tuesday 23 September 2014

Bayi Anda Jaundis?

Teks : Yanti Sodimin

Kerap kali kita mendengar bayi terkena jaundis atau sinonimnya dengan masyarakat Melayu dipanggil 'Demam Kuning'. Apakah punca ia sering terjadi? Apakah pemakanan menjadi punca utama atau faktor persekitaran?
  
Tahukah anda bahawa bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu ibu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan. Jaundis biasa dialami oleh bayi-bayi baru lahir terutamanya bayi yang lahir tidak cukup bulan. Jaundis ini berlaku pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila kulit ditekan. Biasanya jaundis bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.

Jaundis terjadi apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, bilirubin dihasilkan. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaanya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Tetapi, apabila berada di luar, proses ini mula dilakukan oleh hati bayi sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas. Akibatnya terjadilah jaundis.

➨ Berikut adalah petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah jaundis ini.
✔ Pertama sekali, anda bolehlah menjemur bayi anda di sebelah pagi di bawah redup (kawasan berbumbung seperti balkoni). Seeloknya jemurlah dalam pukul 8 pagi iaitu sebelum matahari tinggi. Ketika menjemurnya, tutup mata bayi supaya tidak silau.
✔ Cara yang kedua, susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayianda akan selalu membuang air kecil atau membuang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotoran yang ada dalam tubuh mereka.
✔ Dan sekiranya anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
Sumber : Mingguan Wanita

Para ibu yang hamil digalakkan mengambil makanan tambahan seperti Pur Q Active bagi mengelakkan jaundis kepada bayi selepas dilahirkan. Yakinlah dengan khasiat pemakanan sunnah di samping mengamalkan pemakanan sihat semasa tempoh kehamilan.


Monday 22 September 2014

Gingko biloba penawar kesembuhan otak

Teks : Yanti Sodimin




Ginkgo baik untuk otak.

SUMBER alam semula jadi ini sudah diketahui membantu dalam rawatan pesakit yang mengalami kehilangan memori akibat usia tua dan juga penyakit Alzheimer. Ekstrak daun ginkgo biloba seperti yang banyak terkandung dalam produk-produk kesihatan berupaya untuk meningkatkan fungsi kognitif di kalangan warga tua.

Gingko menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak Gingko biloba.

Gingko biloba turut dipercayai memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Memandangkan otak terdiri daripada asid perlu tak tepu yang tinggi, ia mendedahkan kepada radikal bebas. Gingko biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan.

Ia juga bermanfaat untuk mengurangkan kesakitan sindrom Reynaud, meredakan simptom vertigo, merawat glaukoma tekanan dan juga sindrom prahaid.

Ekstrak ginkgo biloba yang digunakan dalam ujian klinikal mengandungi dua kumpulan fitokimia iaitu flavonol glikosid (melawan aktiviti antioksida) dan terpene laktone (memberi kesan pencairan darah). Unsur bilobalide, salah satu daripada pecahan terpene laktone juga berfungsi untuk mengaktifkan neuron otak dan ini bagus dalam membantu pembelajaran dan menguatkan ingatan.

Tahukah anda bahawa ginkgo biloba adalah salah satu herba dari spesies pokok tertua di dunia? Lebih daripada 40 komponen ginkgo biloba telah dikaji tetapi hanya dua komponen sahaja iaitu flavonoid dan terpenoid yang dipercayai boleh mendatangkan manfaat-manfaat kesihatan.

Flavonoids adalah antioksidan dan kajian telah menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, jantung, saluran darah dan retina mata. Terpenoid pula membantu melancarkan pengaliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan sel darah merah.

Kajian mendapati bahawa ia boleh melindungi sel-sel saraf yang rosak akibat penyakit Alzheimer. Dengan mengambil ginkgo biloba, daya ingatan dan pemikiran di kalangan mereka yang terjejas oleh penyakit Alzheimer atau demensia vaskular akan bertambah baik.

Ginkgo biloba kini didatangkan di dalam minuman kesihatan yang menggabungkan tiga elemen penting untuk membantu meningkatkan kecerdasan otak bagi semua peringkat umur iaitu Pur-Q Pro Active Kids Advance

Elakkan nyanyuk sebelum ianya terjadi. Dapatkan Pur-Q Pro sekarang untuk kesihatan keluarga anda.






Harga = RM 40 (Semenanjung)/ RM 50 (Sabah dan Sarawak)

Hubungi penulis di:

Email : yantisodimin@gmail.com
Sms@Whatsapp : 0122406670

Sunday 21 September 2014

Makanan berisiko kepada bayi

Teks : Yanti Sodimin
=============================


Semakin membesar si comel, semakin teruja mama menyediakan pelbagai pilihan makanan. Tidak sabar hendak membenarkan bayi comel turut menyertai makan sekeluarga di meja makan. Tetapi awas, biarpun bayi anda semakin membesar, bukan semua jenis makanan dia boleh makan.
Jika selama ini anda puas membiasakan bayi dengan makanan pejal dan nampaknya dia tiada masalah mencuba pelbagai rasa yang berbeza namun masih ada beberapa jenis makanan yang dia tidak boleh ambil sebelum menyambut ulang tahun pertamanya.
✓ Sesetengah jenis makanan laut mungkin mengandungi merkuri (raksa) yang boleh menjejaskan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Makanan laut seperti kerang-kerangan mentah juga boleh mengakibatkan risiko keracunan makanan.
✓ Telur mentah atau kurang masak. Pastikan telur yang diberi kepada bayi anda dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras.
✓ Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi juga tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya.
✓ Kekacang. Jangan beri bayi makan kacang sehinggalah usianya mencapai lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.
✓Garam. Jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi masih belum mampu memprosesnya. Elakkan memberi bayi makanan yang masin, periksa label pada bungkusan makanan yang dibeli.
✓ Gula. Makanan dan minuman manis tidak elok untuk pertumbuhan gigi bayi dan boleh menggalakkan bayi menggemari makanan manis. Elakkan memberi bayi makanan manis seperti puding, aiskrim, biskut atau gula-gula sehingga dia berusia dua tahun ke atas.
sumber : pa&ma

Saturday 20 September 2014

Gigi Pertama Si Kecil

Teks : Yanti Sodimin
=================


Kebanyakan ibu bapa teruja pertama kali melihat gigi si kecil mulai tumbuh. Ia merupakan pengalaman menyeronokkan apabila dapat melihat gigi kecil keluar melalui gusi si anak. Warna putih dan keras apabila disentuh.
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.
Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.
➜ Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :
➜ Kegatalan Gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.
➜ Gusi Sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.
➜ Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.
➜ Kurang Makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

 Atasi Masalah Ketika Tumbuh Gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.
2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.
5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

 Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

 1Masalah Gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.
Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku
Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.
Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

-------------------------------------------------
Sekiranya anak anda mengalami sakit gigi, Pur Q Active mampu mengurangkan kesakitan pada gusi mereka. 


Friday 19 September 2014

Sentuhan kasih

Teks : Yanti Sodimin



Rangsangan sentuhan ibu..sentuhan lembut ibu merupakan pemangkin kepada perkembangan sosial bayi.Senyuman dan sentuhan ibu semasa menyusu, memandi, menyalin lampin atau memakaikan baju adalah detik bayi mengenal siapa ibunya.Sentuhan itu seolah-olah bertindak sebagai pelindung dan luahan kasih sayang yang begitu mengasyikkan oleh seorang yang telah mengandung dan melahirkannya ke dunia ini.Melalui sentuhan itu jugalah, bayi belajar bersosial dan berkomunikasi mengikut tahap perkembangan usianya.Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya.Ini menandakan perkembangan sosialnya kerana suatu tindak balas berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang tersayang.

[Dr. Anna Padmavathy Soosai,Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court]

Wednesday 17 September 2014

Anak lambat bercakap

Teks : Yanti Sodimin



Anak lambat bercakap ?
Menurut kajian, 1 daripada 10 kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap. Kanak-kanak lelaki 2 @ 3 x lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak2 UIAM Dr Mastura Badzis berkata, keupayaan seseorang kanak-kanak boleh bercakap adalah berbeza antara kanak-kanak yang lain dan hal ini berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan. Ada anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.

Kanak-kanak daripada bayi lagi sebenarnya sudah berkomunikasí dengan orang lain melalui mimik muka dan gerak isyarat seperti menggapai tangan, pergerakan badan, bunyi mulut dan mengagah. Aktiviti ini sering dilakukan sebagai cara mereka berinteraksi dengan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, kita haruslah peka kepada perkembangan anak setiap hari.

Untuk pertuturan yang lebih baik, ibu bapa disarankan menggunakan perkataan yang betul. Ini untuk mengelakkan pelat di kalangan kanak-kanak. Mulakan berinteraksi dengan perkataan yang menggunakan suku kata yang mudah untuk diikuti seperti suku kata berulang-ulang (papa,mama, kakak, tata, baba).

Kini, terdapat alternatif lain dalam bentuk makanan kesihatan bagi membantu kanak-kanak cepat bercakap. Bahan dalam Pur Q Active merangsang minda kanak-kanak ke tahap optimum.  Anda juga pasti gembira melihat perubahan positif mereka.







Sunday 14 September 2014

Pur Q penawar talasemia

Teks : Yanti Sodimin




Alhamdulillah syukur dengan adanya makanan tambahan bebas kimia ini, dapat membantu anak-anak yang menghidapi penyakit talasemia. Jika anda mempunyai masalah yang sama boleh mencuba produk ini tanpa ragu-ragu. Insya-Allah dengan adanya khasiat saffron dan garam bukit,masalah kesihatan anak-anak dapat diatasi. Paling penting kita berusaha berikan terbaik untuk anak-anak tersayang.

Info Talasemia

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Pembawa Talasemia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal


(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.

Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.

Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Jaundis
Tumbesaran terbantut
Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.

Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.

Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Hubungi penulis di:
Email : yantisodimin@gmail.com
Sms@Whatsapp : 0122406670

Saturday 13 September 2014

Resepi durian crepe

Teks : Yanti Sodimin

Siapa peminat durian di sini? Sebut pasal durian, terbayang macam-macam nama durian. D24, durian tembaga, musang king dan lain-lain lagi. Macam-macam boleh dibuat dengan durian antaranya bubur, dodol durian dan juga inovasi kreatif durian crepe. Silalah cuba resepi di bawah ini ye.

RESEPI DURIAN CREPE
Oleh: Eyna Haneyna
Bahan-bahan untuk kulit :
(InsyaAllah kulit jadi licin, tak melekat dan cepat masak)

- 20gm tpg gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 1 sb gula halus
- 40 ml susu cair
- 150 ml air
- pewarna kuning
- perisa durian
Cara Membuat:
- masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dengan whisk dan tapis..kalau pekat just tmbh air sikit..
- boleh juga blender..cuma sedikit berbuih..kene hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan berlubang bila byk buih..
- ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
- layangkan kuali agar adunan sekata..
- masak atas api kecil..
- masak hingga kering..angkt..tak perlu terbalikkan masa angkat tu
Bahan-bahan untuk filling :
- 150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2 sb isi durian)
- isi durian..
Cara Membuat :
- letakkan fresh cream, letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
- lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
- siaapp.





Friday 12 September 2014

12 Tips Amalan Pemakanan Sihat

Teks : Yanti Sodimin



1. Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.

2. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “BismilLah” dan menyudahi dengan “AlhamdulilLah”.


3. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

4. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

5.Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

6. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

7. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

8. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

9. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

10. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi.

11. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

12. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

********************************************************
JANGAN baca jika anda akan sentiasa SIHAT !

Ramai yang telah tahu tetapi tak ambil endah
Ramai yang nak tapi tak mahu bertindak

Sila baca sehingga habis untuk anda tahu maklumat penting ini. sila baca di : http://www.biovco.com/
********************************************************

Thursday 11 September 2014

STOP VIRUS MALAS LEMBAB & DEGIL

Teks : Yanti Sodimin


Risau keadaan anak seperti ini :-

★ Tidak fokus
★ Sukar mengingat / menghafaz
★ Suka mengamuk
★ Tidak dengar kata
★ Lambat bercakap
★ Liat Solat
★ Susah bangun pagi
★ Sering bergaduh sesama adik beradik

**Pur Q Active dirumus khas bagi mereka yang lemah dalam pelajaran dan sukar menghafal sesuatu ilmu.

**Pur Q juga sesuai untuk semua peringkat usia dari usia 6 bulan hingga warga emas.

**Bagi umur 1 - 12 tahun dengan amalan pemakanan 2 biji setiap pagi. Jika terdapat mereka yang terlalu LEMAH dan LEMBAB, disarankan 2 biji setiap pagi dan malam supaya mencepatkan lagi "boost" oksigen di dalam otak.

Gabungan safron dan garam bukit mampu meransang minda anak anda ke tahap lebih baik.

**Diterapi dengan ayat2 ruqyah, bagi membantu merawat penyakit hati dan luaran....
Insya-Allah. .semua dgn izin ALLAH swt.

**Pur Q bukan ubat**
**Pur Q adalah makanan minda tambahan yang berkhasiat dalam bentuk JELLY LEMBUT HALAL TOIYIBBAH.

@@@@@@@@@@
Pur Q Active
1 botol= 30 biji
1 botol RM35.00
2 botol RM55.00
Tidak termasuk kos penghantaran
@@@@@@@@@@


Hubungi penulis di:

Email : yantisodimin@gmail.com
Sms@Whatsapp : 0122406670

Monday 8 September 2014

Konsep muhasabah dalam mendidik anak-anak

Teks : Yanti Sodimin


Konsep muhasabah telah lama dianjurkan dalam mendidik anak-anak. 

Ibubapa boleh menggunakan konsep MUHASABAH dalam pendidikan anak-anak sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Sebelum tidur setiap malam, semak semula apa yang telah kita lakukan sepanjang hari bersama anak-anak. Perkara yang positif bolehlah diteruskan dan yang negatif, hendaklah segera dihindarkan.

Setiap anak pasti melakukan kesalahan. Justeru itu adalah amat penting bagi ibu bapa mengenal pasti kesalahan tersebut dan memberitahu dengan cara yang betul . Kesabaran dalam hal ini amat penting. Sentiasa bercakap dengan anak-anak dan galakkan mereka meluahkan perasaan agar mudah mendidik ke arah kebaikan.

Latih anak-anak dengan menjadi pendengar setia. Anak-anak pasti mudah mendengar ibu bapa dengan baik.


Sunday 7 September 2014

Pur-Q Pro Active

Teks : Yanti Sodimin



Alhamdulillah kini terdapat produk terbaharu edaran Maira Global iaitu minuman coklat berkhasiat.

Pur-Q Pro merupakan minuman koko terbaik meningkatkan tenaga sepanjang hari. Ramuan yang mampu mencerdaskan daya pemikiran hasil daripada campuran koko dan ginko biloba yang diketahui umum berkhasiat untuk otak.

Sesuai diminum semua peringkat umur. Kandungan PUR q pRO
- Extrak susu kambing tanpa bau dan rasa
- Gingko biloba
- Madu
- Malt

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

Memang tak dinafikan khasiat minum susu kambing adalah salah satu sunnah pemakanan idola junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w

Kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta anti barah.

Mengandungi antibodi untuk merawat penyakit demam kuning, lelah, penyakit kulit, gastrik, sakit jantung peringkat awal, ulser perut, dan membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.

Merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.


Lain-lain kebaikan susu kambing:
- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Membantu Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- awet muda























Friday 5 September 2014

Tips anak minat membaca

Teks : Yanti Sodimin

Menyemai minat membaca di kalangan anak-anak tidaklah serumit yang kita bayangkan. Jika minat membaca dipupuk dari awal, Insya-Allah anak-anak akan membesar dengan baik. Bahan bacaan pula biarlah selari atau seiring dengan usia mereka. Banyakkan buku yang mempunyai variasi gambar menarik dan warna yang dapat merangsang otak anak-anak.



Ini adalah salah satu cara untuk menarik minat anak terhadap buku dan membaca. Mungkin ibu bapa boleh mencubanya.

Jika dahulu kita sering membawa anak-anak ke kedai barangan gajet, apa kata kita beralih arah membawa mereka ke kedai buku atau perpustakaan. Bawa mereka ke ruangan yang sesuai dengan usia agar dapat membuka mata dan minda ke arah cintakan buku.

Sebagai ibubapa juga kita digalakkan membaca bersama-anak kerana ibu bapa merupakan contoh dan ikutan terbaik. Luangkan masa bersama agar mereka dapat merasakan keseronokan membaca bersama keluarga. Membaca jambatan ilmu dan kasih sayang sesama insan.

Ibu bapa berperanan mendekatkan anak dengan buku .Kita perlu bacakan buku untuk anak-anak kecil . Tabiat membaca harus dicipta dari usia anak masih kecil dan ini adalah waktu paling mudah membentuk mereka. Ia akan membantu mereka menjadi pembaca yang tekun apabila dewasa.Carikan mereka buku kanak2 yang menarik dan bacakan untuk mereka. Pada waktu yang sama,ibu bapa juga dapat membentuk minat membaca dalam diri sendiri dan berpeluang menghabiskan masa yang bermutu dengan anak.


Thursday 4 September 2014

Pencetus minda gemilang

Teks : Yanti Sodimin



ANAK DEGIL •TIDAK MENDENGAR KATA •TERLALU AKTIF •KURANG TUMPUAN BELAJAR •MALAS •LAMBAT BERCAKAP •SUKA MENGAMUK •IBU-IBU MENGANDUNG •STRESS •KURANG SELERA MAKAN..

*************************DENGAN HANYA 2 BIJI SELEPAS SARAPAN PAGI,SELAWAT KE ATAS JUNJUGAN NABI MUHAMMAD S.A.W & MUDAH- MUDAHAN BERTAMBAH BERKAT,INSYAALLAH..
*************************
PUR-Q AKTIF 100% PRODUK HALAL..

PUR-Q INI DIPERBUAT DARI CAMPURAN ZA'FARAN DAN GARAM BUKIT..
MANFAAT PRODUK KAMI:
√ Membantu menguatkan ingatan..
√ Membantu mencerdaskan minda.
√ Membantu pertumbuhan akal & fizikal bayi & kanak- kanak( orang dewasa yg belajar,ibu dan ayah yang menghafal al-Quran,tajwid).
√ Membantu melancarkan aliran darah dan oksigen dalam badan ke otak.
√ Kaya dengan vitamin B1 &B2
√ Membantu merawat penyakit saraf
√ Membantu sistem penghadaman,membuang angin& asid dalam perut.
√ Menbantu masalah kemurungan & Runsing
√ Membantu merawat bengkak hati,hepatitis A& B
√ Membantu menaikkan selera makan kanak2
√ Membantu menghindari masalah demam,batuk dan selsema
√ Membantu merawat migran
√ Membantu mengurangkan kesakitan pada kanak2 yg tumbuh gigi

KEKUATAN PRODUK KAMI
~DIJAMIN 100% SELAMAT DAN TIADA KESAN SAMPINGAN

~DIJAMIN 500% BERKESAN

~ SUDAH RAMAI PENGGUNA YANG TELAH MENUNJUKKAN PERUBAHAN.

HARGA 1 BOTOL RM35sm RM40 ss




Hubungi penulis di:

Email : yantisodimin@gmail.com
Sms@Whatsapp : 012240667
0

Wednesday 3 September 2014

Hukum anak cara Islam

Teks : Yanti Sodimin



5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:

1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”


2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Tuesday 2 September 2014

Bento

Teks : Yanti Sodimin

Menyiapkan bekalan untuk anak-anak ke sekolah merupakan satu kemestian bagi seorang ibu. Sudah pastinya menu pun yang berkhasiat bagi memastikan anak-anak mendapat khasiat yang seimbang. Amalan membawa bekal ke sekolah menggalakkan anak-anak berjimat cermat di samping memupuk semangat kasih sayang antara ibu dan anak. Air tangan ibu kan terbaik dalam segala perkara.

Bento merupakan hidangan seni yang digubah agar menarik perhatian anak-anak untuk menikmatinya sehingga habis. Makanan yang dihidangkan pula amat sedap dengan pelbagai corak dan warna yang diperolehi daripada makanan itu sendiri.

Kita lihat beberapa teknik yang digunakan dalam menghasilkan bento istimewa untuk anak-anak tersayang. Semoga menjadi insprirasi untuk para ibu di luar sana. Selamat mencuba