Monday 30 June 2014

Pur Q Active terbitkan aura positif

Teks : Yanti Sodimin

Apabila anak berkongsi kegembiraan bersama Pur-Q, pastinya akan membuatkan hati ibu gembira kerana prestasi akademik ataupun sahsiah diri telah berubah.

Persoalannya, Apakah yang telah buatkan makanan ini boleh merubah mereka?

Pur-Q merupakan makanan berkhasiat yang pastinya BUKAN dalam kategori ubat-ubatan yang membantu sistem perhubungan serta menyampaikan maklumat semasa otak bekerja. Hasil daripada perhubungan maklumat ini akan memberikan kesan positif untuk anak-anak dalam pembelajaran mahupun kepekaan terhadap alam di sekelilingnya.

Selain itu, ia bukan sekadar makanan kesihatan sahaja, tetapi kesan dari doa berdasarkan ayat-ayat Ruqyah (yang dibacakan oleh penasihat agama Ustaz Sobri Al-Bakri) mampu membentuk sahsiah diri anak dengan membersihkan kolam jiwa agar menjadi lebih baik. Pemakanan yang barokah dan doa orang soleh mampu memberikan impak yang besar kepada pengamalnya.

Tidak terhenti di situ, kesan formulasi hebat dari safron yang mempunyai pelbagai khasiat juga di antaranya mampu mencerdaskan otak agar mudah mengingati perkara yang dipelajari serta membantu menguatkan imunisasi dan merangsang antibodi badan bagi melawan penyakit.

Anak-anak pasti menyukainya kerana baunya yang wangi ditambah pula rasa yang sedap serta pengambilan setiap pagi sudah cukup untuk membantu anak-anak menghapuskan aura negatif di dalam diri mereka. Tiada bahan kimia digunakan bagi menghasilkan Pur Q. Justeru itu, tiada kesan sampingan jika pengambilannya melebihi 2 biji seperti yang disyorkan dalam satu masa.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi kami di talian 0122406670. Kami mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menjadi rakan niaga kami dengan terus menghubungi di talian yang tertera ini.

Pur-Q Active Kid's Advance
Mengoptimum perhubungan serta maklumat semasa otak bekerja.


Hubungi penulis di:
✉ Email : yantisodimin@gmail.com
☎ Sms@Whatsapp : 0122406670

Marhaban Ya Ramadhan (satu hari satu juzuk)

Teks : Yanti Sodimin

Alhamdulillah bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu Ramadhan Kareem. Kali ini Ramadhan terasa dekat sangat di hati seperti tahun sebelumnya. Seronok dan bersyukur kerana anak-anak berazam untuk menghayati ramadhan ini dengan penuh kesederhanaan. Jika dulu, bila tiba masa untuk berbuka, semua hendak dibelinya apabila menjengah ke bazar Ramadhan. Sekarang, mereka membeli dengan lebih berhemah (beli 1 atau 2 kuih muih sebagai pencuci mulut).

Puasa kali ini lebih teruja sebab pertama kali bertadarus secara alam maya dengan rakan-rakan "whatsapp". Ada di antara kami saling tidak mengenali antara satu sama lain, namun masih boleh berbicara melalui perantaraan kumpulan tadarus yang ditubuhkan. Setiap hari kami akan bergilir-gilir membaca surah yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat ahli yang tidak dapat membaca pada hari tersebut atas sebab keuzuran, rakan-rakan lain sedia membantu mengambil alih tugasan membaca Al-Quran. Sesungguhnya nikmat bertadarus itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Terasa Ramadhan kali ini lebih bermakna. Sebelum ini penulis hanya membaca secara bersendirian, namun kali ini bila mengalunkan bacaan A-Quran secara tertib, kemanisan bulan yang mulia ini lebih dirasai. Semoga ikatan ukhuwwah kumpulan kami ini (ODOJ - one day, one juz) ini berkekalan sampai bila-bila.

Insya-Allah azam untuk khatam Al-Quran berjaya dilakukan bersama-sama.

Di sini disertakan beberapa tips untuk menghabiskan (khatam) Al-Quran dalam tempoh sebulan. Semoga amalan membaca kitab mukjizat ini berterusan bukan hanya pada bulan puasa sahaja.


Thursday 26 June 2014

Atasi pelat dengan Pur Q Active

Teks : Yanti Sodimin

Masalah pelat sering berlaku di kalangan kanak-kanak. Segelintir daripada ibu bapa gemar menyebut perkataan yang kurang jelas kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa adalah amat penting membantu anak-anak menyebut perkataan dengan menggunakan suku kata dengan jelas. Mulakan dengan perkataan yang mudah disebut oleh anak-anak. Ibu bapa digalakkan menyebut perkataan yang diajar berulang kali agar boleh dituturkan dengan baik setiap hari. Makin banyak sebutan, makin jelas perkataan dapat disebut oleh anak.

Perkongsian kali ini membawa kita kisah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang mengalami masalah pelat dan sukar menumpukan perhatian terhadap perkara yang dipelajarinya. Alhamdulillah dengan pengambilan secara teratur, kanak-kanak ini mula berupaya menyebut perkataan dengan baik.


Pengganti vaksin

Teks : Yanti Sodimin

Alhamdulillah anak saya sihat walaupun tidak mengambil sebarang suntikan. Zara jarang sakit seperti demam dan selsema. Jika demam pun ia tidak mengambil masa yang lama untuk pulih.

 Zara mempunyai ekzima namun tidaklah terlalu serius. Cuma bila cuaca terlalu panas, ruam mudah naik dan dia akan mula menggaru. Saya cuba elakkan daripada menggunakan krim yang mengandungi steroid kerana ia bukan menyembuhkan ekzima bahkan membuatkan kulit lagi sensitif.

Mujurlah Zara masih menyusu badan. Sedikit sebanyak ketahanan badannya kuat kerana mendapat zat semulajadi daripada susu ibu. Di samping itu, saya memberinya kurma dan madu agar sistem imunisasi badannya kuat.

Saya menitikberatkan pemakanan yang baik dan seimbang buat Zara. Saya juga memberinya makanan tambahan bagi menguatkan antibodi badannya iaitu Pur Q Active selain madu dan kurma. Khasiat yang terkandung dalam Pur Q membuatkan saya yakin dan terus memberi Zara makan setiap hari. Terdapat perubahan pada kulit Zara di mana ruam kemerahan mula timbul. Saya agak risau tapi itu adalah tindak balas yang terjadi. Hampir beberapa hari diambil untuk memulihkan keadaan Zara. Alhamdulillah ruam semakin lama semakin hilang dan tiada aktiviti menggaru dibuat oleh Zara. Jika ada pun tidaklah banyak seperti dulu. Jika dulu Zara alah pada makanan bersumberkan telur, tapi sekarang dah boleh makan.








Safron antara bahan utama dalam Pur Q Active

Tuesday 24 June 2014

Manisan bergeliga

Teks : Yanti Sodimin

Pur Q bukan manisan biasa. Ia mampu membantu minda anak anda cemerlang sekaligus membentuk akhlak yg baik. Selain daripada menajamkan akal fikiran, ia membekalkan tenaga kepada tubuh badan.

Sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa (pelajar sekolah menengah, universiti ibubapa dan golongan warga emas). Mudah dikunyah dan boleh larutkan dalam susu/air suam atau jus buah-buahan

Bayi seawal umur 6 bulan dan ke atas. Jika anak anda mengalami tantrum (mengamuk) boleh berinya 1 biji setiap hari.


Pelajar sekolah rendah



Pelajar sekolah menengah



ibu bapa juga boleh mengamalkan Pur Q

Ibu2 hamil juga disarankan mengambilnya 2 biji sehari bagi kesihatan ibu dan anak.

Bagi ibu-ibu mengandung , Za'faran (Saffron) dan Garam Bukit dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za'faran dan Garam Bukit mempunyai nilai perubatan. Za'faran dan Garam Bukit berpotensi untuk menurunkan dan melancarkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

Gabungan dua bahan utama ini terhasillah Pur-Q Active Kid's Advance. Hanya perlu makan 3biji sehari di waktu pagi, anda ibu-ibu dan bakal-bakal ibu akan rasakan kebaikannya. Dan banyak lagi khasiat yang akan anda dan bayi anda perolehi. Insya-Allah




Sukar bangun tidur? Tak mengapa. Pur Q ada jawapannya

Jika anda seorang yang sibuk, pasti menghadapi masalah tekanan di tempat kerja. Pur Q boleh mengatasi masalah ini. 2 biji sehari selepas sarapan. Pelajar universiti yang sering berjaga lewat kerana mentelaah pelajaran juga disarankan mengambil Pur Q 2 biji atau lebih bagi mengurangkan tekanan. Ramai pelajar tahfiz mengamalkan Pur Q bagi tujuan hafalan yang lancar. Alhamdulillah produk ini terbukti berkesan membantu mereka.




Hubungi penulis di:
✉ Email : yantisodimin@gmail.com
☎ Sms@Whatsapp : 0122406670

Monday 23 June 2014

Cuaca panas itu anugerah

Teks : Yanti Sodimin

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di bumi milik Allah. Banyak perkara perlu dilakukan hari ini. Semuanya dengan penuh semangat. Walaupun cuaca semakin panas, bersyukurlah dengan nikmat ini. Semalam sempat memotong pendek rambut si abang. "Ringan rasanya kepala ni ibu" ujar si anak tatkala rambutnya siap dikerjakan oleh si tukang gunting. Terserlah telinganya yang kembang tu bila sudah berambut pendek.

Pepagi si adik sibuk mengusik si abang..diajaknya bermain tapi abang mencuit pipi adik seraya berkata "Abang nak pergi sekolah". Adik pun tarik beg sekolah abang kononnya nak tolong bawa. Beg yang berat tu tak dapat diangkatnya lalu menangis. Si abang memujuk dan berkata "Beratlah beg tu, tak boleh bawa". Adik pun berlari ke pintu pagar nak tunggu van sekolah. Tak sempat sampai ke pintu pagar terdengar bunyi tangisan si adik. La.. rupanya terjatuh dek seronok nak menghantar abang lari sampai tak cukup kaki nak berlari. Syukur cuma terguris kecil di tangan. Menangis lagi bila tengok tangan sendiri merah. Terpaksa pujuknya dengan memberi Pur Q Active. Itulah rutin biasa setiap hari. Sebelum pergi ke sekolah, saya berikan 2 biji atau lebih kepada si abang supaya dia lebih fokus dan tenang semasa menerima pembelajaran di sekolah. Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh dan contoh kepada yang lain. Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni, anak saya kekal cergas kerana Pur Q membantu membekalkan tenaga sepanjang hari. Puasa pun dah dekat. Alhamdulillah dengan adanya Pur Q Active saya tidak risau lagi.



Hubungi penulis di:
✉ Email : yantisodimin@gmail.com
☎ Sms@Whatsapp : 0122406670

Sunday 22 June 2014

Mee kuning dan bahan terlarang

Teks : Yanti Sodimin



Bangun pagi nak sediakan mee goreng sebagai sarapan untuk keluarga. Tiba-tiba teringat artikel mengenai mee kuning. Harap kita lebih berhati-hati dengan bahan yang kita gunakan

Wajib baca ..

Assalammualaikum
Alhamdulillah pagi ini dapat bersarapan mee goreng yang enak, sedang tangan menyuap-yuap mee ke dalam mulut , tiba-tiba hati saya terdetik dan teringat pesanan sifu saya sewaktu menghadiri kursus membuat mee kuning 2 tahun dulu secara berbayar. Ohh....saya masih belum sempat menyampaikan lagi apa yang saya tahu, astagfirullahalazim!
Oleh itu sebelum terlambat ingin saya kongsikan disini, dia berpesan kebanyakkan produk mee diluar yang diproses oleh orang bukan islam perlu berjaga-jaga kerana ada yang menggunakan minyak babi untuk mengelakkan ia lekit. Nak tahu caranya mudah saja. Apabila kita beli sebungkus mee kuning dikedai dan disimpan didalam peti ais semalaman, jika kita masih nampak bentuk mee kuning yang jelas dan cantik, maka maknanya ia munggunakan minyak babi. Kerana molekul-molekul dalam minyak babi ini boleh memberi tahan kepada struktur mee. Tetapi jika kita bila mee kuning yang diproses oleh bumiputra biasanya struktur mee kuning selepas keluar daripada peti ais, daripada plastik kita dah nampak 'blur' dan tidak jelas kerana molekul-molekul minyak sawit tidak boleh memberi tahan kepada bentuk mee ini. Oleh itu belilah mee kuning buatan bumiputra. Selain selamat kandungan asid borik kurang. Fungsi asid borik ini untuk menjadikan mee kuning supaya tahan lama. Jika kita simpan mee kuning berhari-hari dan ia masih elok itu tandanya kandungan asid borik adalah tinggi. Maka janganlah kita suka sangat ya,
Sampai-sampaikan mesej ini, supaya kita terlepas soal jawab disana nanti. Saya dapat ilmu ini selepas saya perlu membayar beratus ringgit, tapi apalah salahnya jika kalian kongsi secara percuma hanya dengan menekan butang " share " . Itu pun nak berkira ke? Niatkan saja untuk kesejahteraan ummah.


p/s Syukur saya tinggal di kawasan kampung mudah mendapat mendapat bekalan mee kuning buatan orang islam.." IZA

Friday 20 June 2014

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Teks : Yanti Sodimin




Alhamdulillah hampir semua makanan di atas, saya amalkan bersama keluarga. Ia bukan saja enak malah berkhasiat.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Thursday 19 June 2014

Sayang anak tangan-tangankan

Teks : Yanti Sodimin



Kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.

Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.

Awas dan beringatlah dalam mendidik anak...kesan itu bukan sahaja nampak dalam jangka masa pendek tetapi akan meninggalkan kesan untuk jangka masa panjang.

Ikhtiar dengan Makanan Minda Untuk Anak iaitu Pur Q Active kerana ia dirumus khas bagi membendung gejala negatif pada anak-anak. Di dalam Pur Q terdapat ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan pada bahan mentah sebelum dijadikan jeli lembut. Ia bertujuan melembutkan jiwa yang keras dan sentiasa memberontak.

Antara ayat-ayat yang dibacakan secara langsung



Bahan semulajadi


Pur-Q Active membantu bagi melancarkan oksigen di dalam otak agar dapat mengoptimumkan proses perhubungan maklumat semasa otak bekerja.








Wednesday 18 June 2014

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Teks : Yanti Sodimin
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
 Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber : Darulharis
Sharing is Caring 


Ajarlah anak mengenal Al-Quran pada peringkat awal




Wujudkan hubungan baik sesama adik beradik




Belaian, ciuman dan pelukan mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak




Tingkah laku semasa hamil memberi kesan kepada anak-anak




Sentiasa berdoa semasa kehamilan





Berikan makanan tambahan sebagai alternatif bagi membendung aura negatif pd anak-anak. Pur Q disertakan terapi Rukyah bagi melembutkan jiwa agar mudah mendengar kata.





Monday 16 June 2014

Pengembaraan di Legoland bagi menggalakkan stimulasi anak-anak

Teks : Yanti Sodimin

Pengembaraan Zara bayi berusia 16 bulan di Legoland merupakan pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Proses pembelajaran Zara tentang alam sekeliling semakin menarik dan mencabar. Galakkan anak-anak kita berinteraksi dengan alam sekeliling agar minda pembangunan dapat dikembangkan. Kita lihat aksi Zara meneroka dunia Lego di depan mata.



Berjalan dan terus berjalan


Pening kepala melihat banyak binaan yang menarik


Binaan lego Ribena


Mengabadikan kenangan dgn Ribena


Bermain bola


Menaiki lego unta 




Menaiki keretapi tapi muka cuak sampai menangis

Percutian yang menyeronokkan kami sekeluarga. Sesekali melawat tempat orang banyak pengalaman menarik dapat dikutip. 

Sebenarnya otak merupakan pusat kawalan kemahiran intelektual, motor, emosi dan komunikasi anak-anak kita. Untuk membantu perkembangan minda si manja, kita hendaklah menggabungkan nutrien yang betul di dalam pemakanan si manja. Selain daripada susu yang mengandungi pelbagai nutrien, makanan tambahan juga perlu. Pilihlah yang sesuai dengan kebaikan untuk anak-anak. Untuk Zara saya bekalkannya dengan Pur Q Active. 

Sebagai ibu bapa, amat penting kita menitikberatkan stimulasi bagi menggalakkan pencapaian anak-anak. Stimulasi merujuk kepada interaksi aktif si manja yang bukan sahaja dengan ibu bapa malah persekitarannya juga. Dengan memahami pencapaian yang menandakan perkembangan , kita dapat mengukur dan mengesan kemajuan mereka.

Berikut ialah beberapa cadangan aktiviti stimulasi yang boleh kita cuba bersama si manja:

1 tahun :  Selak muka surat sebuah buku dan ajak anak melihatnya. Ketika perkembangan intelektual berlangsung, anak kita mungkin akan menunjukkan gambar kucing jika kita bertanyakan kepadanya di manakah kucing.

2 tahun :  Menyediakan barang permainan yang membantu memperkembang kemahiran motor seperti memasukkan tali ke dalam manik besar atau melukis dengan kapur.

3 tahun :  Bercakap dan memberi tindak balas kepada anak-anak adalah satu perkara terbaik yang boleh kita lakukan untuk merangsang kemahiran komunikasi dan intelektual mereka.

Menangani tantrum anak-anak

Teks : Yanti Sodimin

Sebagai ibu bapa, banyak cabaran dan tanggungjawab perlu dipelajari dalam mendidik anak-anak. Terdapat beberapa cara bagi menangani masalah tantrum. Cuba tips di bawah ini bagi mereka yg menghadapi tantrum di kalangan anak-anak.










Sunday 15 June 2014

Senarai produk halal

Teks : Yanti Sodimin

Perkongsian produk halal buatan muslim.
Dah boleh senaraikan di pintu peti sejuk/ dapur masing2..jgn tersalah beli..:))


SENARAI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM (senarai terkini)

1. Pur Q Active (supplement)
2. Roti - Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
3. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA)
- SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
- ADELA (FGV-FELDA)
4. Susu Pekat Manis - SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
5. Susu Cair - Saji (FGV-FELDA)
6. Mee Segera - SajiMee Saji (FGV-FELDA)
- ADABI
7. Beras - FAEZA
- Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
- Langsat Hijau (JUARA SELERA)
- Juara Selera
8. Garam – HALAGEL (garam bukit)
9. Kicap Masin/Manis - Kipas Udang
- Tamin
- ALIF (Sime Darby)
- Rohaya
- JALEN (Johor)
10. Sos Cili/Tomato/Tiram - ZUZA (Kedah)
- Rohaya
- ADABI
- Pelangi (FELDA)
11. Cuka Buatan - Mudim
- Rohaya
12. Tepung Gandum - FAEZA
13. Tepung Perasa/ Goreng - ADABI (tepun ayam)
- ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)
14. Rempah Masak – ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans
15. Kunyit – AGROMAS
16. Jagung Tin manis – ADABI
17. Pasta spaghetti – ADABI
18. Santan Paket – ALIF (Sime darby)
19. Taucu – JALEN, Tamin
20. Jus Pekat Buah2an – Tamin
21. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin
22. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)
23. Marjerin - Pelangi Delima Oil(FELDA)
24. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
25. Jem - Peanut SunBear (FELDA)
- Jem Strwaberry – AGROMAS
26. Kopi 3-in-1 - ADABI-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
i. -Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)
27. Biskut Coklat - GOODKISS (Noraini's Cookies)
28. Frozen Daging Burger/ Nugget - RAMLY, NAFAS, AYAMAS
29. Sardin Agromas
30. Sardin Pertima
31. Bihun Sufi
32. Mi Kuning Sufi
33. Kuey Teow Sufi
34. Garam Sufi
35. Sos Lada Hitam Sufi
36. Sos Cili/Tomato Sufi
37. Kicap Masin/Manis Sufi
38. Tepung Goreng Sufi
39. Minyak Masak Sufi
40. Telur Cap Sufi
41. Ubat gigi Najwa
42. Ubat gigi Halagel
43. Tepung gandum Cap Bidara
44. Jus minuman Safina
45. Syampoo D'herbs
46. Bihun Kampung
47. Rempah- Imans
48. Rempah-Brahim's
49. Bihun- FAEZA
50. Jeruk Buah-buahan - jenama PAK ALI
51. Kedai Kasut Sukan - ALIKHSAN
52. Kuah Rojak/Garam Belacan - ZUZA, PAK ALI, FAMA

*Mencari yang Halal itu FARDHU
Sokonglah produk muslim yg setanding malah kualitinya lebih baik daripada di luar sana. Apa yg kita makan akan menjadi dan membentuk darah daging.

Saturday 14 June 2014

Keberkatan masa


Sumber vitamin daripada buah dan sayur

Teks : Yanti Sodimin

Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin yg mencukupi untuk keperluan diet kita. Jom amalkan cara hidup sihat dengan melebihkan 2 makanan ini dalam menu harian.

Buah-buahan


Sayur-sayuran segar


Hidangan roti


Jus buah + sayur



Di rumah penulis memang sentiasa ada buah-buahan terutama pisang. Anak2 suka makan pisang. Senang untuk melawaskan pembuangan air besar. Kulit pisang juga baik untuk kecantikan kulit. Hanya gosok di badan, daki pun boleh tertanggal.

Kita mempunyai pilihan sama ada makan buah dan sayur dengan cara di masak atau boleh juga dijadikan jus. Amalkan setiap hari minum jus sayur dan buah-buahan. Selain badan sihat, kita juga boleh mengurangkan kebergantungan terhadap 'supplement' bagi menjaga kesihatan badan.